www.majalahsains.com

5/13/09

Hijaukan bumi, hindari bahang


Satu masa dahulu Tukang Catat ada menulis satu entry berjudul 'bahang' yang merujuk tentang haba panas dan soal-soal kehidupan sekitarnya. Kali ini, diberitakan suhu persekitaran di tanah air Malaysia, akan kekal panas dan mencecah 35 darjah celcius sehingga bulan september nanti. Panas dan berbahang menimbulkan suasana yang tidak selesa. Bukan Malaysia sahaja yang merasai kesan ini, hampir seluruh pelosok dunia mengalami situasi yang sama tapi dalam bentuk yang berlainan. Di kutub, lapisan ais banyak yang telah cair. Ada kajian yang menyatakan keluasan ais di kutub utara semakin mengecil, dan paras air laut semakin meningkat

Punca-punca panas dan cuaca tidak menentu kini saya kira ramai yang sudah sedia maklum iaitu disebabkan oleh pemanasan global (global warming). Puncanya ialah banyak gas rumah hijau terperangkap di atmosfera bumi. Dari mana datangnya gas-gas (CO2, NiO2 dan lain-lain) yang banyak ini kalau bukan manusia lah penyebabnya.


Jadi mari kita hidupkan semula tradisi nenek moyang kita iaitu menanam pokok-pokok hijau di sekeliling rumah atau di mana-mana sahaja yang ada ruang lapang yang bertanah bertujuan untuk mewujudkan semula zon penampan (buffer zone) suhu bumi yang semakin meningkat.

Teknologi sememangnya ada penyelesaian, tapi menunggu solusi global warming melalui teknologi, memakan masa! Jadi mengapa tidak kita mulakan dengan diri kita!

Ayuh, bertanamlah!

Artikel ini tersiar di Estidotmy Jun 2008


p/s: Sebelum menjejak kaki ke benua Amerika Utara ini, Tukang Catat ada menanam 3 batang durian (biji benih dari baka durian Bukit Putus Kuala Pilah), 3 batang limau kasturi (dari Besut), 2 anak benih kelapa(Benih dari Besut) di Ampang Tinggi dan Senaling K.Pilah. Khabarnya hidup segar..Alhamdulillah

p/s/s: sedang mengusahakan satu lagi artikel seputar tentang teknologi, isu-isu global warming dan idea penyelesaiannya. Artikel terdahulu pernah dimuatkan dalam estidotmy Jun 2008

p/s/s/s; Ya, di sini cuaca agak nyaman selepas berhempas pulas dengan kesejukan melampau. Maha Suci Allah Tuhan yang menjadikan alam!

2 comments:

Anonymous said...

iyer en Faisal, panas sungguh di sini...senang nak dapat sakit kepala, demam..sebab semua orang mencari ais la ni...

zanazanzaly said...

Salam,
pada hemah saya, bukan bumi sahaja wajar dihijaukan. Jiwa kita pemulanya. Bahang dari dalam jiwa punca gersangnya maya pada.
Pohon apa pun jika mahu ditanam, mesti dimulakan dengan kasih sayang kerana hanya jiwa yang hijau sahaja mampu menghijaukan alam maya.