www.majalahsains.com

11/30/08

Kenangan

Menyelak akhbar 'online' membaca berita dari Malaysia mengenai musim tengkujuh di Malaysia menggamit kenangan lama sewaktu kecil di kampung bermain bah. Meredah banjir, bersampan memukat ikan di sawah yang digenangi air, menjerat burung dan aktiviti yang hampir kesemuanya 'kebasahan' sebelum masuk Felda sekitar 1985-87. Tiba-tiba hati terperangkap dalam rasa kerinduan kampung halaman, hujan, bukit bukau, Gunung Tebu, Laut China Selatan, ubi rebus cecah kelapa kukur dan kanak-kanak lain seusia yang ralit dengan air bah.

Kini jauh di perantauan terkenangkan tanah air tercinta yang dilanda hujan dan banjir..
Ahh..kenangan lama..

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri air sendiri..
lebih baik di negeri sendiri kalau ahli politik kita tidak korup..

p/s..anak-anak kecil yang leka berpesta banjir, berhati-hati..malang tidak berbau!

11/27/08

Musim sejuk, buku dan internet

Agak lama blog ini tak dikemaskini...banyak perkara menarik untuk dikongsi..salji, buku baru, facebook, movie dan lain-lain... biarlah gambar yang bercerita!! hehe




11/18/08

Berjalan pantas!

Ada beberapa perkara menarik dapat dipelajari sejak berada di sini. Satu daripadanya ialah berjalan pantas!. Kenapa perlu berjalan pantas walaupun tidak ada perkara penting yang sedang dikejar. Sebab utama ialah cuacanya yang sejuk...Hari ini cuaca direkodkan lebih rendah dari takat beku iaitu -5 degree celcius..di waktu pagi lebih kurang 15 minit, sedikit salji yang dikenali dengan snowflake/flurries turun..jadi tidak hairanlah di mana-mana sahaja diluar bangunan kelihatan manusia berjalan sangat pantas dan kadang-kadang ada yang berlari untuk sampai ke destinasi bagi mengelakkan kesejukan melampau di luar rumah..salji lebat dijangka turun pada hujung November..Jadi pendapat yang mengatakan bahawa rakyat di negara maju bergerak pantas mengejar kemajuan mungkin boleh dipertikaikan..saya ulang , mungkin!!...sekiranya situasi sama berlaku di Zimbabwe, mungkin rakyat mereka lebih pantas.. :-)

11/14/08

Mereka juga bekerja keras

Pagi ini sekitar pukul 10.30 pagi, loceng rumah berbunyi. 2 orang lelaki segak berkot dan berbaju panas lengkap memperkenalkan diri dari pertubuhan kristian antarabangsa yang berpusat di Canada. Dengan senyuman dan penuh tertib mereka menanyakan soalan samada boleh berbahasa Perancis atau pun tidak. Sudah tentu tidak jawab saya. Dia mula bertutur dalam bahasa inggeris dan menunjukkan sekeping brosur tentang persoalan-persoalan tentang agama kristian berbahasa Perancis untuk dijawab. Tentang kematian, tragedi dan sebagainya.. Mana mungkin saya dapat baca tulisan-tulisan dalam brosur tersebut yang saya yakin petikan dari bible.

Selepas 10 minit bercerita tentang kepercayaan kristian, mereka mula bertanya di mana Malaysia..'berjiran dengan Indonesia, Thailand dan Singapura'.. jawab saya..

Kemudian mereka mengeluarkan sebuah buku kecil tentang misi dan tujuan agama kristian yang mempunyai tidak kurang dari 40 bahasa termasuk bahasa Melayu Indonesia untuk saya baca..(bangga juga dalam hati sebab tidak ada tulisan melayu Malaysia di tangan mereka)..mungkin belum sempat diterjemahkan atau mereka menganggap sama sahaja BM di Malaysia dan BM di Indonesia

Selepas menyerahkan brosur tadi, dengan ramah tamah meminta diri, mereka beredar...perbualan bermula dan tamat hanya di anjung rumah di balik pintu.. heheh!

Terdetik dalam hati, betapa kuat dan tersusunnya gerakan kristianisasi di seluruh dunia. Dari segi kewangan, organisasi, bahasa dan lain-lain. Itu yang menyebabkan mereka senang sekali datang ke tempat-tempat berlakunya bencana Tsunami, gempa bumi dan taufan menghulurkan 'bantuan' yang mempunyai maksud tersirat..

Gerakan kristian tidak pernah berhenti rehat..

Bahaya kalau tidak berhati-hati..

11/4/08

aahh...malam yang panjang

Serentak dengan masuknya musim sejuk, satu pengumuman dibuat supaya setiap warga Canada memusing jarum jam sejam kebelakang. Secara rasmi di musim sejuk ini, Canada kembali kepada keadaan asal iaitu lewat 13 jam berbanding sebelum ini 12 jam dari Malaysia. Keadaan ini dikenali sebagai Daylight Saving Time (DST).
Di awal musim sejuk ini, salji belum turun..suhu kadang-kadang mencapai 0'C..kebiasannya di bawah 5'C..pemanas di dalam rumah pun sudah mula dipasang..Waktu siang lebih singkat berbanding malam. Waktu maghrib pukul 4.39 PM, isya' seawal 6.05 petang manakala subuh pula pukul 5.15 AM.

Mental pun kena bersedia untuk menghadapi malam yang panjang..walau apa pun, inilah cabaran tinggal di negara orang!