7/30/08

Suasana intelektual menurut Prof Dr. Muhammad Haji Salleh ( SN)


  • Apabila fikiran terbuka, maka ucapan juga terbuka dan imaginasi berkembang menjadi gagasan dan seni. Pendapat dan sudut pengalaman memperkayakan bangsa itu. Ilmu bercambah, bercabang, membesar dan menawarkan jawapan buat hidup di dunia. Buku akan melimpah di kedai dan meja baca di ruang peribadi
  • Suasana intelektual dibina oleh beberapa faktor, sebahagiannya terlihat di mata kasar, sebahagiannya tidak. Tetapi cukup jelas bahawa suasana intelektual di gerakkan oleh suatu tradisi dan budaya buku. Di Perancis, Jepun, China, Jerman, India dan Indonesia, kita kagum dengan tabiat membaca yang luas, rencam, ghairah dan dalam berbagai-bagai bahasa pula, dan sekiranya tidak terlalu banyak bahasa yang difahami maka ilmu tempatan dikuatkan oleh terjemahan yang dinamis dan semasa.
  • Budaya buku disokong oleh perpustakaan yang sering menjadi jiwa kota atau kampung. Buku-buku mutakhir dan cepat sampai ke rak setelah diiklankan atau diulas dalam suratkhabar/majalah/TV. Kadang-kadang apabila buku itu terkenal maka, dibeli sehingga 15 naskhah sebagai khidmat istimewa kepada pembacanya. Perpustakaan besar pula biasanya memuatkan karya dalam lebih daripada 10 bahasa. Yang amat dikagumi oleh ialah sikap pustakawan terhadap pembaca, mereka menganggap diri mereka sebagai pemandu atau teman kepada keindahan ilmu atau seni. Maka kerjanya dan bantuannya beriringan dengan senyuman
  • Karya aslinya juga tidak diabaikan. Dalam zaman globalisasi dan maharajalelanya bahasa Inggeris,orang Belanda, Jerman dan juga Jepun terus bangga, terus menulis dan berkarya dalam bahasa ibundanya, yang jelas menjadi teras jatidiri dan alatan hidup dan kemajuannya
  • Majalah-majalah dan jurnal menjadi bernafas ilmu terbaharu dunia.
  • Ulasan buku yang bersifat madani dan sopan, serta berilmu kukuh dan rendah diri dan pintar juga menjadi pengiklan dan pembincang pemikiran dan karya terakhir. Hampir semua suratkhabar besar di Eropah, Amerika dan Jepun memuatkan sejumlah ulasan buku setiap hujung minggu, kalaupun tidak setiap hari.
  • Harus ada kedai buku yang baik dan banyak pula jumlahnya, dan menjadi tumpuan pembaca, dan bukunya mampu dibeli dengan gaji tempatan. Tidak lupa juga kedai buku terpakai yang banyak
  • Sekumpulan manusia yang cukup mementingkan kehidupan intelektual, dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana tugas dan sumbangannya.
  • Sejumlah pengumpul buku, mengumpul buku bidang mereka dan berusaha mencarinya walaupun dengan harga yang tingi.Perlu ada sedikit ( atau banyak) kegilaan
  • Mereka (pengumpul buku) merasa bangga mempamerkan buku-buku ini sebagai kumpulan intelektualnya yang langka ( dan berharga, selain dari sudut nilai wangnya)
  • Perdebatan yang terbuka dan madani – tentang buku, ilmu dan seni. Kritikan buku dan seni dibuat oleh kritikawan yang matang dapat membantu perkembangan intelektual. Di Eropah dan Jepun, ada siri rancangan perbincangan buku oleh kritikawan ternama setiap minggu dalam malajah, suratkhabar, TV dan sekarang dalam dunia siber dan blog
  • Eksperimen ilmu yang berterusan. Oleh itu gagasan baru biasanya dari penyelidikan yang mengambil waktu yang panjang, menjadi penggerak terbaharu untuk sesuatu bidang.
Petikan dari Dewan Sastera, 2007

Untuk mengenali lebih lanjut tentang Sasterawan Negara terbilang ini sila lawati laman web beliau

7/15/08

Minggu Ilmiah di UKM


1. Semalam saya menghadiri Wacana Hadari yang disampaikan oleh Prof Shahidan Radiman dengan Tajuk Fizik dan Metafizik: Jambatan Penting Yang Dihuraikan Oleh Sufisme dan Mekanik Kuantum di Bilik Mesy. FST. Syarahan yang sarat dengan ilmu dan maklumat baru untuk memperkayakan minda!! Nanti saya akan laporkan hasil ringkas yang dapat dicerna oleh kapasiti otak ini sepanjang berlangsungnya wacana tersebut menurut kefahaman saya. Tapi bukan buat masa sekarang! Agak sibuk sedikit belakangan ini.

2. Hari ini berlangsung 2 ( atau 3 ) peristiwa penting. Waktu pagi saya menghadiri The 2nd, Korea-Malaysia Joint Nanotechnology Workshop, KMJNW yang dianjurkan oleh UKM ( IMEN ) di Equatorial Hotel Bangi. Lebih kurang 10 profesor dan pengarah dalam pelbagai topik Microsystem, MEMS dan Nanotechnology membentangkan penyelidikan mereka di kedua-dua negara. Malaysia (UKM ) dan Korea ( Seoul National University dan Kyung Pook University). Juga tidak semua yang dapat difahami, hanya sebahagian yang berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan oleh saya sendiri dan juga rakan-rakan lain di makmal. yang lain-lain terlalu teknikal dan agak berat untuk dihadam.

Di sebelah petang satu forum berjudul Bahasa Melayu Dalam Pengajaran Sains dan Matematik yang dianjurkan oleh Institut Hadhari dan ATMA ,UKM. saya memilih untuk 'memonteng' sesi petang KMJNW di Equatorial untuk menghadiri forum ini yang dibentangakn oleh ahli panel dan moderator yang bukan calang-calang. Satu program yang sangat menarik yang juga akan diulas sedikit masa lagi. Namun begitu, untuk mereka yang berminat dengan isu sebegini, eloklah juga membaca buku di bawah sebagai gambaran awal untuk golongan melayu muda dan profesional seperti kita. Oh yer, tokoh ilmuan terkenal tanahair Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud juga turut serta sebagai hadirin dalam forum tersebut.

3. Dan yang ketiga acara debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Datuk Shaberi Cheek ( Menteri Penerangan Malaysia ) di TV9/BERNAMA. Sesiap yang tidak menonton rancangan debat ini tanpa alasan yang munasabah, bolehlah dianggap sebagai rakyat Malaysia yang kurang tahap patriotisme'nya' ( Sila 'quote' kenyataan ini). Siapa menang dan siapa kalah debat semalam, bergantung pada tafsiran anda! Bagi saya, pejuang rakyat nampaknya lebih berfakta dari lawan.

p/s: Satu minggu yang menyeronokkan. Laporan dapatan dari wacana/forum/seminar akan menyusul sedikit masa lagi kalau tiada aral melintang dan mood menulis laporan dalam keadaan baik. .walaupun mood boleh dicipta kata Tuan Jeniri Amir ;-)

7/11/08

Artikel di Dewan Budaya Julai





Jutaan terima kasih kepada editor Dewan Budaya kerana menyiarkan artikel ini. Di muka surat 4, ruangan Lembaran Pembaca saya mencatatkan rencana berjudul "Budaya Saintifik di Makmal Penyelidikan". Ia berkenaan senario budaya R&D yang diamalkan di makmal-makmal penyelidikan di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia.

Dapatkan di pasaran sekarang


Tabiat 'Buruk' Pencinta Buku

1. Tak senang duduk kalau belum dapat buku yang diidamkan

2. Sanggup meredah traffic jam semata-mata untuk dapatkan buku idaman

3. Sanggup berhutang dahulu dengan akaun sendiri yang 'hampir' kering

4. Sanggup menghabiskan masa berjam-jam di kedai buku ala-ala 'window shopping'

5. Buku lama belum habis baca ( malah ada yang belum terusik), sudah membeli buku
baru..konon-kononnya sukar lagi untuk menemuinya ( kadang-kadang betul, kadang-kadang
sebaliknya)

6. Sanggup membiarkan 'pasangan' berseorangan membeli belah, sementara diri sendiri
bergerak dari satu rak ke satu rak buku lain di kedai buku..

7. Keadaan berselerak di bilik bacaan peribadi (alasan 'klise', belum sempat berkemas)

8. Sanggup menukar harga pakaian dengan harga sebuah buku ( sekiranya buku tersebut
benar-benar mengujakan)

9. Sanggup membayar harga yang lebih untuk membeli buku 'online' ketika sukarnya mencari buku tersebut di kedai


p/s..Tabiat ini hanya 'valid' untuk tukang catat blog ini sahaja..Orang lain mungkin lain pulak gayanya..

*********************************************************************************

Isnin lepas saya bergegas ke Bangsar Utama bila dapat tahu buku A.Samad Ismail Menulis ada di showroom CESB. Wah..gembira tak terkata bila buku tersebut sudah dimiliki. Buku ini adalah hasil kompilasi tulisan-tulisan tajam dan bernas A.Samad Ismail di dalam Gila-Gila suatu masa dahulu. Sangat menarik!! Kesempatan ke sana, berjaya memujuk Margaret ( staff CESB dan Editor Fantasi yang sudah ditamatkan penerbitannya) untuk ke masuk ke galeri Jaafar Taib yang jarang-jarang orang dapat menikmatinya selain di Pesta Buku. Saya juga membeli buku nota dan poskad 'birds of Malaysia' karya Jaafar Taib. Waduh! Nikmat yang tidak terhingga!

Creative Enterprise Sdn Bhd di Bangsar Utama

Buku

Buku lagiPotret Jaafat Taib di samping artwork beliau
Galeri Jaafar Taib

7/7/08

Rak baru

Sebelum!

Siap pasang!

Di rak baru!

Bungkusan dari Amazon.com

Buku dari Amazon.com

Kali pertama saya beli buku dari Amazon berjudul Iginited Mind: Unleashing the Power From India sesudah memiliki Wings of Fire: An Autobiography APJ Abdul Kalam, kedua-duanya karya APJ Abdul Kalam.
Buku-buku ini menggambarkan cita-cita agung presiden India yang ke 11 untuk membangunkan bangsa India dalam sains dan teknologi. Sebahagian besarnya sudah pun menunjukkan hasil dengan kemajuan teknologi nuklear, teknologi maklumat, pertahanan dan satelit di negara mereka melalui pelan strategik tahun 2020. Kelihatannya seperti meniru Malaysia, namun mereka terlebih dahulu yang menelurkan hasil. Siapa boleh jawab?

p/s..Oh ya, Majalah I bulan ini memuatkan tokoh-tokoh orientalis dan bahaya mereka pada dunia islam. Sesiapa minat nak tahu apa itu orientalisme, elok sangat lah baca kisah tersebut dalam majalah berharga RM5 ini.

7/2/08

Majalah I bulan Julai!


Saya ke Warta Bangi untuk lunch tengah hari tadi, singgah sebentar digerai menjual majalah. Sekali terpandang majalah I. Hehe..macam kenal gambar kulit depan majalah ini. Terus ambil dan bayar. Inilah dia Prof Muhd Kamil Ibrahim yang dipilih sebagai salah seorang personaliti terbilang di Malaysia oleh penulis prolifik Tuan Jeniri Amir.
Hebat!!

p/s..bila agaknya dapat menyumbang rencana untuk majalah ini..hehehe..berangan!