www.majalahsains.com

7/15/08

Minggu Ilmiah di UKM


1. Semalam saya menghadiri Wacana Hadari yang disampaikan oleh Prof Shahidan Radiman dengan Tajuk Fizik dan Metafizik: Jambatan Penting Yang Dihuraikan Oleh Sufisme dan Mekanik Kuantum di Bilik Mesy. FST. Syarahan yang sarat dengan ilmu dan maklumat baru untuk memperkayakan minda!! Nanti saya akan laporkan hasil ringkas yang dapat dicerna oleh kapasiti otak ini sepanjang berlangsungnya wacana tersebut menurut kefahaman saya. Tapi bukan buat masa sekarang! Agak sibuk sedikit belakangan ini.

2. Hari ini berlangsung 2 ( atau 3 ) peristiwa penting. Waktu pagi saya menghadiri The 2nd, Korea-Malaysia Joint Nanotechnology Workshop, KMJNW yang dianjurkan oleh UKM ( IMEN ) di Equatorial Hotel Bangi. Lebih kurang 10 profesor dan pengarah dalam pelbagai topik Microsystem, MEMS dan Nanotechnology membentangkan penyelidikan mereka di kedua-dua negara. Malaysia (UKM ) dan Korea ( Seoul National University dan Kyung Pook University). Juga tidak semua yang dapat difahami, hanya sebahagian yang berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan oleh saya sendiri dan juga rakan-rakan lain di makmal. yang lain-lain terlalu teknikal dan agak berat untuk dihadam.

Di sebelah petang satu forum berjudul Bahasa Melayu Dalam Pengajaran Sains dan Matematik yang dianjurkan oleh Institut Hadhari dan ATMA ,UKM. saya memilih untuk 'memonteng' sesi petang KMJNW di Equatorial untuk menghadiri forum ini yang dibentangakn oleh ahli panel dan moderator yang bukan calang-calang. Satu program yang sangat menarik yang juga akan diulas sedikit masa lagi. Namun begitu, untuk mereka yang berminat dengan isu sebegini, eloklah juga membaca buku di bawah sebagai gambaran awal untuk golongan melayu muda dan profesional seperti kita. Oh yer, tokoh ilmuan terkenal tanahair Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud juga turut serta sebagai hadirin dalam forum tersebut.

3. Dan yang ketiga acara debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) dan Datuk Shaberi Cheek ( Menteri Penerangan Malaysia ) di TV9/BERNAMA. Sesiap yang tidak menonton rancangan debat ini tanpa alasan yang munasabah, bolehlah dianggap sebagai rakyat Malaysia yang kurang tahap patriotisme'nya' ( Sila 'quote' kenyataan ini). Siapa menang dan siapa kalah debat semalam, bergantung pada tafsiran anda! Bagi saya, pejuang rakyat nampaknya lebih berfakta dari lawan.

p/s: Satu minggu yang menyeronokkan. Laporan dapatan dari wacana/forum/seminar akan menyusul sedikit masa lagi kalau tiada aral melintang dan mood menulis laporan dalam keadaan baik. .walaupun mood boleh dicipta kata Tuan Jeniri Amir ;-)

No comments: