Rencana buku berjudul
Ignited Minds:Unleashing the Power Within India tersiar di
Majalah Dewan Kosmik bulan Mac. Ini pertama kali saya menulis ulasan buku dalam majalah sains dan teknologi berbahasa Melayu yang tersohor ini.Buku ini dipesan dari amazon tahun lalu selepas membaca tentangnya dalam akhbar New Straight Times dalam kolum yang ditulis oleh Naib Canselor USM
Prof. Tan Sri Dato' Dr. Dzulkifli Abd Razak.
Buku ini bagi saya sangat menarik kerana ditulis oleh seorang bekas presiden yang juga saintis ulung India iaitu APJ Kalam. Buku ini kecil sahaja tetapi mempunyai gagasan besar penulisnya. Saya baca berulang kali dan terakhir semasa dalam perjalanan panjang KL-Montreal 6 bulan yang lalu.

2 comments:
sudah baca artikel tu...perlu segera cari bukunya pula
Tahniah. Sdr memang giat menulis, cemburu dengan ketekunan sdr.
Post a Comment