www.majalahsains.com

9/29/08

Kedai Buku di Verdun

Setelah sebulan berada di Verdun, Montreal, kami sudah berjalan dan meninjau di kawasan sekitar bandar dan perumahan di sini. Satu yang saya perasan selepas berada di sini ialah mengenai masyarakat Montreal tentang kesedaran membaca. Saya kira, tabiat ini sudah pun melangkaui tahap kesedaran, barangkali lebih tepat diungkapkan sebagai kegilaan (biblioholism) membaca. Di mana-mana sahaja saya pergi, di dalam Metro (keretapi laju bawah tanah), sambil berjalan, sambil merokok, sambil makan, di anjung rumah dan di taman-taman kelihatan mereka memegang dan membelek buku, majalah atau suratkhabar.

Di kawasan kediaman kami, terdapat 2 buah kedai buku yang agak terkenal menurut warga tempatan. Yang pertama ialah kedai buku terpakai 'Bilingual Bookstore' (seakan-akan Payless Bookstore di Malaysia) dan yang kedua kedai yang agak mewah menjual buku-buku berbahasa Perancis yang diberi nama La Librarie De Verdun. Di sini boleh dikatakan kesemua buku-buku yang dijual berbahasa Perancis dan hampir separuh dalam kedai adalah buku-buku Bahasa Inggeris yang diterjemahkan.
Saya lebih berminat dengan kedai buku yang pertama disebabkan harganya jauh lebih murah, berbahasa inggeris dan banyak pilihan yang menarik. Kedainya kecil dan padat di samping penjaganya (dalam lingkaran umur 60 an) yang saya kira tahu serba serbi mengenai buku-buku yang dijualnya. Sebut sahaja nama pengarang dan genre buku yang dicari, pantas sahaja beliau menunjukkan rak.

Sepanjang berada di kedai buku ini, pengunjung terutamanya warga tua tidak putus putus datang silih berganti. Hebat warga tua mereka!

Buat sementara waktu ini, sepanjang berada di rumah sambil-sambil menikmati musim luruh yang dingin, 3 buah buku dibawah menjadi teman.



Kedai Buku terpakai







9/27/08

Salam Aidilfitri 1429 H

Ramadhan sudah berada di penghujung. Kekalkan semangat ramadhan!

Salam Aidilfitri dari kami kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan para 'bloggers' di Malaysia serta di mana jua pun berada. Semoga sentiasa selamat, murah rezeki dan dilindungi Allah sentiasa.





Mohd Faizal Aziz,
Nurisya Mohd Shah
&
Ain Edleen,
Montreal, Canada

9/23/08

Kita Anak Malaysia

Saya membaca sebuah blog seorang warganegara Malaysia berbangsa cina yang menulis kesedihan beliau tentang tuduhan liar yang dilemparkan kepada kaum cina terutamanya di Malaysia seperti bangsa pendatang, warga tidak berterima kasih, bangsa syaitan yang tidak boleh mendengar azan dan menyuruh pulang ke Tanah Besar Cina. Lebih berat lagi tuduhan ini bukanlah dilakukan oleh penagih dadah, mat rempit, pelacur, pengangkang dan pengemis tetapi diluahkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh. Apa reaksi kita sebagai warganegara yang waras dan boleh berfikir secara sihat. Saya tidak lihat perkara sebegini sebagai sesuatu yang sihat dan boleh dibiarkan berlarutan. Kita sedia maklum bahawa Malaysia tercinta sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang unik dan telah termaktub kemas di dalam perlembagaan. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Siam dan lain-lain adalah anak Malaysia dan anak semua bangsa. Tidak perlu kita bertelagah tentang isu-isu hak ketuanan melayu dan sebagainya. Terlalu sempit hidup ini kalau hanya difokuskan tentang perkara tersebut.Kita anak semua bangsa. Seharusnya kita berbaik sangka antara satu sama lain. Janganlah disebabkan pembacaan akhbar kita yang sempit dan terpengaruh dengan paparan berita TV yang belum tentu tepat kita sudah melenting tak bertempat lantas menuduh orang itu begitu dan begini.

Kita sedar sebagai kaum melayu, kita masih ketinggalan dalam ekonomi, pendidikan dan alam pemikiran yang matang. Jadi apa yang perlu kita buat. Belajarlah dengan mereka yang sudah di hadapan. Janganlah bodoh sombong! Jangan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, pentingkan diri sendiri! Buang jauh-jauh hasad dengki. Ini tidak, lihat sahaja melayu yang berjaya, macam-macam tuduhan dilemparkan. Ada sahaja bangsa melayu meningkat naik, rasuah lah tuh, bodek la tuh, dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan pendidikan. Kalau senior bangsa lain sibuk membahagi-bahagikan nota untuk freshies, bangsa kita sibuk me’raging junior melalak pada waktu dinihari atas alasan orientasi pelajar baru. Siapa yang salah?

Berbalik kepada persoalan asas sebagai warganegara Malaysia, kita perlu bersaing secara waras dan sihat dalam segenap lapangan. Paradigma dan pola berfikir cara baru bangsa kita kalau ingin terkehadapan, mestilah dimulakan dengan membuang sifat-sifat negatif yang sejak zaman-berzaman menghantui kita. Hapuskan pemikiran ‘inferior’ berdasarkan kefahaman kaum dan bangsa yang sempit. Kita anak semua bangsa. Bangsa Malaysia! Tidak ada hak ketuanan Melayu. Yang ada hak ketuanan Islam! Dan islam itu bukan milik melayu sahaja! Cina, India, Murut, Iban, Kadazan dan bangsa siam juga ramai yang beragama islam dan kadang-kadang lebih baik dari islam kaum melayu !

Salam aidilfitri



Maaf zahir & batin

~faizal~

2.45 am, 23 September 2008,

Montreal, Canada

9/22/08

Musim luruh sudah tiba

Buka Google Page hari ni, keluar logo google yang melambangkan musim gugur baru bermula. Di luar rumah kelihatan daun-daun pokok sudah mula kemerah-merahan. Masih banyak yang hijau..hehe! Langit membiru, cuaca sejuk dan berangin...hmm...


Malam tadi berbuka dengan beberapa pelajar dari Malaysia dan Singapore di rumah.

9/20/08

Ke Pasar Atwater aka Marche' Atwater

Hampir sebulan berada di sini tiba-tiba rasa nak makan ikan . Di kawaan kediaman kami tak jumpa ikan segar di jual. Yang ada hanya daging dan ayam halal yang dijual oleh muslim Algeria.Dalam pukul 11 pagi kami ke Atwater Market. MasyaAllah! di sini macam-macam sayuran, buah-buahan, roti, ikan, daging ( x halal rasanya) dijual. Hampir 3 jam kami pusing-pusing di sini melihat pelbagai barangan yang dijual. Kaki dah penat, masih banyak lagi yang belum dilawati..cukup dululah setakat ni.
Hasilnya:

Gambar di bawah menerangkan segalanya!



Montreal
Quebec
20 Ramadhan 1429 H, 3.51 PM

9/19/08

Lagi gambar-gambar sebelum berangkat



Ikan bakar di Melaka..

Klik di sini untuk lebih banyak gambar

9/17/08

Jauh dari tanahair

Kami kini berada jauh di perantauan di bumi Canada atau lebih tepat di Quebec. Bahasa utama warga Quebec ialah Perancis. Di Kanada 3 kawasan yang berbahasa Perancis ialah Quebec, Montreal dan North Ontario. Kenapa kawasan ini? Kerana Perancis telah menjajah Kanada pada abad ke-15 di kawasan yang dikenali dengan Sable Island. Penjajah Perancis yang diketuai oleh Pierre Du Guast telah menguasai beberapa bahagian lain yang dikenali dengan New France. Oleh itu, kekal lah beberapa bahagian ini berbahasa Perancis sehingga sekarang termasuk di Quebec.

Sejarah Quebec

Namun begitu, Bahasa Inggeris boleh juga digunakan. Tak ada masalah! Cuma kita akan lebih dihormati dan mereka sangat gembira sekiranya kita dapat menggunakan beberapa perkataan asas dalam bahasa Perancis ketika berkomunikasi.
Contohnya ,

bonjour/salut = hello
sil vaus plait = please
merci = thank you
je ne comprends pas = i dont understand
parlez-vouz l'anglais? = do you speak english?

dan sebagainya.


Bendera Kanada

Bendera Quebec






Serba sedikit tentang kami di Canada..Insyaallah 4 tahun!

9/15/08

Verdun

Inilah kawasan kami tinggal. 408 4th Avenue, Verdun Quebec, H4G 2Y2, Canada. 5 minit jalan kaki ke stesen Metro, 5minit jalan kaki juga ke kedai-kedai berhampiran di kiri dan kanan kawasan perumahan kami. Hampir keseluruhan barangan keperluan terdapat di sini termasuk kedai daging halal milik warga Algeria. Kebanyakan kedai-kedai runcit kecil-kecilan dimiliki oleh orang-orang asia seperti cina dan korea. Oh ya masjid pun selang beberapa buah dari apartment kami sewa. Tapi masjid di sini bukanlah masjid seperti yang terdapat di Negara-negara muslim yang lain. Sebuah apartment di sewa dan diletak kertas A4 bertulis Masjid Abu Hurairah. Sejak seminggu lalu aku sendiri belum pernah masuk dalam masjid ini lagi. Pernah 3 malam lepas selepas berbuka kononnya nak berterawih dan berkenal-kenalan dengan saudara seislam di sana, tapi pukul 830 masih tutup. So batal sajalah niat. Waktu siang, masjid ini tutup kecuali pada hari minggu diorang hantar anak-anak belajar agama menurut kata pemandu teksi kami yang pertama di bandar Verdun. Abdul Aziz juga warga Algeria yang sudah 13 tahun menetap di Quebec.


Isteri setiap pagi pergi ke kelas di Concordia yang terletak di Downtown Montreal. Sebuah kawasan metropolitan yang memiliki segala-galanya. Jarak perjalanan dari Verdun ke sana sukar dianggarkan. Menaiki metro ia akan menempuh lebih kurang 5 stesen dalam masa kurang dari 10 minit.

Selain masjid dan kedai-kedai, terdapat juga gereja yang setiap hari locengnya berbunyi. Kalau hari hujan bunyi locengnya lagi kerap. Aku sendiri pun tak faham kenapa. Mungkin bergoyang disebabkan angin kot…hehe.


Selepas 2 minggu

Sejak 2 minggu lepas berada di bumi Canada, atau lebih tepat di 408 4th Av, Verdun Quebec City, banyak pengalaman yang telah ditempuhi sepanjang perjalanan. Saya masih lagi mencari-cari masa yang sesuai untuk merakamkan pengalaman tersebut di dalam blog mundamandir atau di mana sahaja yang dirasakan perlu.

Paling mengesankan khabar berita dari Malaysia bahawa A. Samad Ismail atau lebih dikenali dengan Pak Samad meninggal dunia pada 4 september yang lalu. Al-Fatihah untuk allahyarham Pak Samad.

Sebelum berangkat ke pada 1 september yang lalu, saya ada membeli beberapa buah buku tulisan Pak Samad antaranya Tan Sri A Samad Ismail Menulis, Patah Sayap Terbang Jua dan Kali Panjang Sejengkal. Selain itu, saya juga memiliki 2 buah lagi buku berkenaan diri wartawan ulung tersebut berjudul Memoir A Samad Ismail di Singapura dan A Samad Ismail dalam Dunia Kewartaanan. Dalam kesibukan menguruskan dokumen-dokumen perjalanan jauh ke daerah asing di bumi Canada ini, hanya buku pertama yang sempat dihabiskan dengan. Buku kedua dan ketiga hanya beberapa muka sahaja baru diusik.

Sungguh, saya rindukan buku-buku saya tersebut yang kini diam di Kg Ampang Tinggi Kuala Pilah. Sabar wahai khazanahku yang paling bernilai. 4 tahun lagi kita akan bersua kembali..


Verdun, Quebec

p/s: Sila lawati laman fotopages untuk gambar-gambar terkini