Sejak 2 minggu lepas berada di bumi Canada, atau lebih tepat di 408 4th Av, Verdun Quebec City, banyak pengalaman yang telah ditempuhi sepanjang perjalanan. Saya masih lagi mencari-cari masa yang sesuai untuk merakamkan pengalaman tersebut di dalam blog mundamandir atau di mana sahaja yang dirasakan perlu.
Paling mengesankan khabar berita dari Malaysia bahawa A. Samad Ismail atau lebih dikenali dengan Pak Samad meninggal dunia pada 4 september yang lalu. Al-Fatihah untuk allahyarham Pak Samad.
Sebelum berangkat ke pada 1 september yang lalu, saya ada membeli beberapa buah buku tulisan Pak Samad antaranya Tan Sri A Samad Ismail Menulis, Patah Sayap Terbang Jua dan Kali Panjang Sejengkal. Selain itu, saya juga memiliki 2 buah lagi buku berkenaan diri wartawan ulung tersebut berjudul Memoir A Samad Ismail di Singapura dan A Samad Ismail dalam Dunia Kewartaanan. Dalam kesibukan menguruskan dokumen-dokumen perjalanan jauh ke daerah asing di bumi Canada ini, hanya buku pertama yang sempat dihabiskan dengan. Buku kedua dan ketiga hanya beberapa muka sahaja baru diusik.
Sungguh, saya rindukan buku-buku saya tersebut yang kini diam di Kg Ampang Tinggi Kuala Pilah. Sabar wahai khazanahku yang paling bernilai. 4 tahun lagi kita akan bersua kembali..
Verdun, Quebec
p/s: Sila lawati laman fotopages untuk gambar-gambar terkini
No comments:
Post a Comment