10/31/08

Memburu buku di Montreal

Beberapa hari kebelakangan ini sesi menjejak kedai-kedai buku di sekitar downtown Montreal dan Verdun. jarak antara verdun dan downtown mungkin sekitar 10 KM..mungkin!

Kedai pertama sudah tentu dekat kediaman kami iaitu Librarie Bilingue Encor Lire. Di sini terjumpa buku The World is Flat tulisan Thomas L. Friedman yang diletakkan di dalam kaca pameran kedai tersebut. Ramai yang sudah membaca buku ini, tetapi kali ini saya baru berpeluang mendapatkannya dengan harga Can 7.95.



Kedai kedua ialah berdekatan dengan McGill University iaitu Paragraphe. Banyak buku-buku menarik dan terkini dijual di sini. Tapi tiada pula buku-buku terpakai!..Memandangkan bajet pun tidak mencukupi menjamu mata dengan melihat buku pun sudah memadai. Namun mata saya terpandag satu buku yang kulitnya sahaja sudah dapat menipiskan dompet yang memang sedia nipis. Buku berjudul The Quantum Ten karya terbaru Sheila Jones terbitan tahun 2008 yang dijual di sini dengan harga Can 25.80 saya perolehi melalui Amazon.com dengan kos penghantaran percuma berharga Can 18.87. Cuma perlu menunggu sehari untuk buku ini sampai di depan pintu rumah.



Sudah berada berhampiran McGill University, memang tak sah lah kalau tidak singgah le kedai buku universiti tersohor ini. Sesuai dengan usia universiti ini yang melebihi 100 tahun, kedai buku ini sememangnya elegan. Dengan ketinggian 5 tingkat, ribuan buku di jual. Saya hanya mencapai buku iWoz: Computer Geek to Cult Icon, karya biografi Steve Wozniak bersama Gina Smith.


Inilah kisah seminggu memburu buku di Montreal

Sepetang di Verdun Canal

Di akhir-akhir musim luruh, pemandangan amat cantik. Dua hari lepas salji sudah mula turun. Tapi tidak berpanjangan..sempat juga melihat bagaimana rupa salji..hehe!

Hujung bulan Oktober juga ada sambutan Halloween..Di kawasan kediaman kami banyak rumah-rumah dihiasi dengan labu-labu yang berukir dan rumah di dekorasi dengan gaya-gaya 'gothic'. Sejak dari petang tadi sepanjang jalan di Verdun kanak-kana dan orang dewasa memakai pakaian Halloween dan berjalan sekitar kawasan perumahan mengutip gula-gula..Nasib baik mereka tidak datang ke rumah kami. Kalau tidak meraung satu kejiranan lah si kecil..heheh!

Hari ini cuaca amat baik dengan pancaran matahari tetapi tetap sejuk seperti biasa. peluang untuk mengambil gambar-gambar menarik tidak dilepaskan!

Dengan hanya menggunakan Nikon Coolpix 210, hasilnya seperti di bawah!





Lagi foto di Flickr

10/23/08

Old Montreal

Hari minggu lepas, kami ambil masa sedikit ke Old Port Montreal. Tempat bersejarah yang masih dikekalkan dengan rekabentuk lama dan warisan-warisan terdahulu Montreal. Sebuah tempat yang amat cantik..Tapi kami kesejukan dan tidak sempat melihat pemandangan sekitar. Sedikit sahaj gambar yang dapat di rakamkan..Insyaallah kami akan ke sini lagi!











10/20/08

Auntie Sabariah

Di kalangan pelajar antarabangsa dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Timur Tengah dan lain-lain tempat nama Auntie Sabariah memang terkenal. Selepas sebulan lebih kami berada di sini, hari inilah baru ada kesempatan mengunjungi beliau yang sentiasa sibuk dengan tetamu yang keluar masuk mendapatkan khidmat nasihat. Tetapi hari ini, beliau menghabiskan masa hampir satu hari dengan kami, makan tengah hari, bercerita macam-macam perkara, melawak, berkongsi pengalaman dan menghadiahkan kami dengan macam-macam barang keperluan yang sesetengahnya boleh tahan sampai 4-5 tahun (cth : pakaian panas, selimut dan sebagainya). Paling membuatkan kami terharu ialah beliau dan suami sanggup menghantar kami ke rumah kami tinggal nun di Verdun dan sempat singgah di Mont Royal menikmati suasana malam dan kerlipan lampu yang sangat cantik menerangi hampir sebahagian 'downtown' dari atas bukit yang terkenal di Montreal. Ada cerita menarik mengenai tempat ini. Tunggu next entry! Suami beliau menghabiskan masa bercerita tentang cuaca, hobi, movie dan pelbagai perkara lain yang menghiburkan di selangi dengan beberapa ayat dalam bahasa melayu yang agak baik. Kepada pelajar-pelajar Malaysia di Montreal, Auntie Sabariah adalah tempat melepaskan rindu kepada ibu dan ayah mereka di Malaysia dan menjadi rujukan setiap masalah yang dihadapi.

Kepada Auntie Sabariah dan En . Ali yang menetap , kami memohon kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah di dalam setiap perjalanan hidup di dunia ini. Semoga Allah merahmati atas segala budi baik dan sifat pemurah auntie sekeluarga.

p/s: Auntie Sabariah berkahwin dengan warga tempatan Montreal, En. Ali dan menetap di sini selama lebih 25 tahun. Beliau menjalankan kerja-kerja kebajikan dan hal ehwal kemaslahatan umat islam di bumi Montreal.

10/17/08

Nanotech 2008

Baru sahaja baca blog 'bos' saya di UKM dulu tentang tiadanya liputan akhbar berbahasa melayu mengenai Nanotech 2008 yang diadakan di PWTC bermula 14-16 Oktober baru-baru ini. Amat menyedihkan apabila program sains dan teknologi yang begitu besar di Malaysia itu hanya dilaporkan oleh akhbar berbahasa cina.
Bagaimana agaknya bangsa kita nak menunjukkan minat tentang S&T ini kalau akhbar utama tidak memainkan peranan

Kuat sungguh berpolitik bangsa kita!

10/13/08

Mulia atau Pelik?

Ada satu hobi warga Montreal yang saya perasan sejak tinggal di sini ialah membela anjing. Pelbagai jenis dan rupa anjing mereka. Ada yang kelihatan ganas dan garang dan juga yang kecil molek. Berbulu dan juga licin. Pendek kata macam-macam jenis lah..pagi dan petang dan kadang-kadang malam ada saja anjing yang dibawa berjalan. Satu tabiat anjing (juga binatang lain) yang semua orang tidak suka ialah membuang najis merata-rata. Tetapi satu sikap mulia (atau pelik) yang boleh dipuji kepada pemilik anjing ini ialah, mereka akan memungut najis tersebut menggunakan karung plastik yang sentiasa ada dalam poket mereka. Sekali pandang macam jijik pula..

Menurut undang-undang di Kanada, pemilik boleh dikenakan saman sekiranya najis yang dibuang oleh anjing mereka dibiarkan bersepah-sepah..hormat betul mereka pada undang-undang walaupun kebanyakan mereka tidak beragama!

10/11/08

Bila 'mood' menurun

Jam di Montreal pada waktu ini menunjukkan angka 2.21 pagi. Suhu malam ini pun taklah sesejuk seperti malam-malam sebelumnya. Sekitar 12-15 darjah Celcius.!Saya masih lagi mengadap 3 perenggan artikel terbaru yang ditulis semalam untuk dihantar ke Dewan Kosmik. 'Dead-line'nya pun dah tak lama . Sewaktu di Malaysia dahulu, rasanya tidaklah sesukar begini untuk menyiapkan 3 muka surat penuh untuk satu artikel dalam masa semalaman. Semua idea sudah pun berkumpul, cuma tangan masih lagi belum 'bergetar' untuk sudahkan beberapa perenggan lagi. Di masa-masa sukar begini, mulalah saya teringatkan buku-buku dan majalah yang ditinggalkan di Malaysia. Sebelum ini buku-buku Peter Cochraine, Bill Bryson, Dewan Masyarakat, Millenia Muslim dan lain-lain sentiasa menjadi teman semasa menulis. Sekarang tidak lagi.

Sambil-sambil meningkatkan semangat untuk menulis semula, saya melayari blog Rausyanfikir dan web Dr. Tuah..Melalui tulisan Rausyanfikir, seorang anak muda yang penuh dengan nafsu memburu ilmu saya mula bersemangat membelek-belek kembali buku lama ( 1962) A History of the Science karya Stephen F.Mason yang dibeli 2 minggu lepas. Sukar juga menghadam buku ini walupun hanya bekisarkan sejarah penerokaan bidang sains..

Dari web Dr Tuah, juga saya mengambil sedikit aura motivasi dari beliau yang kelihatan tidak putus-putus dengan idea. Oh ya, buku-buku beliau banyak juga yang saya miliki..(Membina Imaginasi Cemerlang, Jangan Tidak-tidak, Nak ke Tak Nak)..tapi semuanya tersusun kemas di rak di Kuala Pilah...

Harapnya hujung minggu ini saya dapat menyiapkan sesuatu..Insyaallah

Ya Allah..berikanlah aku kekuatan

Nota: Alhamdulillah...rupanya mood bukan boleh dipaksa-paksa..kena lepak-lepak, ronda-ronda tengok gelagat manusia, tengok pemandangan..hirup udara segar..insyallah..mood boleh datang semula..hmm..artikel sudah siap dihantar kepada editor..harap diterima..Terima kasih.. hehe!

10/4/08

Sekitar sambutan aidilfitri di Montreal Canada


Majlis Iftar ramadan terakhir di kampus Mcgill University bersama-rakan-rakan dari Malaysia dan Singapura

Bergambar selepas takbir aidilfitri

Khutbah aidilfitri di Masjid Abu Hurairah, di Verdun

Manisan yang disediakan di masjid untuk orang ramai selepas solat sunat aidilfitri

Sambutan hari raya di McGill University, di McDonald Campus

Terima kasih kepada Mariam selaku tuan rumah rumah terbuka (yang akan pulang ke Malaysia 11 Oktober nanti), auntie Sabariah, Azraf dan rakan-rakan dari Malaysia & Singapore dll..semoga ikatan persahabatan terus kekal dan mantap..Selamat segalanya!

Lagi gambar di http://armadillo.fotopages.com