www.majalahsains.com

10/13/08

Mulia atau Pelik?

Ada satu hobi warga Montreal yang saya perasan sejak tinggal di sini ialah membela anjing. Pelbagai jenis dan rupa anjing mereka. Ada yang kelihatan ganas dan garang dan juga yang kecil molek. Berbulu dan juga licin. Pendek kata macam-macam jenis lah..pagi dan petang dan kadang-kadang malam ada saja anjing yang dibawa berjalan. Satu tabiat anjing (juga binatang lain) yang semua orang tidak suka ialah membuang najis merata-rata. Tetapi satu sikap mulia (atau pelik) yang boleh dipuji kepada pemilik anjing ini ialah, mereka akan memungut najis tersebut menggunakan karung plastik yang sentiasa ada dalam poket mereka. Sekali pandang macam jijik pula..

Menurut undang-undang di Kanada, pemilik boleh dikenakan saman sekiranya najis yang dibuang oleh anjing mereka dibiarkan bersepah-sepah..hormat betul mereka pada undang-undang walaupun kebanyakan mereka tidak beragama!

1 comment:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Rasanya, ini memang budaya mat salleh. Di UK pun begitu juga. Malah, saya pernah mengelak daripada seekor anjing yang berjalan bebas tanpa diikat tuannya di Edinburgh dahulu. Saya pula yang kena marah, kerana bagi tuannya, perbuatan saya itu seumpama merendah-rendahkan martabat anjingnya.