Di kalangan pelajar antarabangsa dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Timur Tengah dan lain-lain tempat nama Auntie Sabariah memang terkenal. Selepas sebulan lebih kami berada di sini, hari inilah baru ada kesempatan mengunjungi beliau yang sentiasa sibuk dengan tetamu yang keluar masuk mendapatkan khidmat nasihat. Tetapi hari ini, beliau menghabiskan masa hampir satu hari dengan kami, makan tengah hari, bercerita macam-macam perkara, melawak, berkongsi pengalaman dan menghadiahkan kami dengan macam-macam barang keperluan yang sesetengahnya boleh tahan sampai 4-5 tahun (cth : pakaian panas, selimut dan sebagainya). Paling membuatkan kami terharu ialah beliau dan suami sanggup menghantar kami ke rumah kami tinggal nun di Verdun dan sempat singgah di Mont Royal menikmati suasana malam dan kerlipan lampu yang sangat cantik menerangi hampir sebahagian 'downtown' dari atas bukit yang terkenal di Montreal. Ada cerita menarik mengenai tempat ini. Tunggu next entry! Suami beliau menghabiskan masa bercerita tentang cuaca, hobi, movie dan pelbagai perkara lain yang menghiburkan di selangi dengan beberapa ayat dalam bahasa melayu yang agak baik. Kepada pelajar-pelajar Malaysia di Montreal, Auntie Sabariah adalah tempat melepaskan rindu kepada ibu dan ayah mereka di Malaysia dan menjadi rujukan setiap masalah yang dihadapi.
Kepada Auntie Sabariah dan En . Ali yang menetap , kami memohon kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah di dalam setiap perjalanan hidup di dunia ini. Semoga Allah merahmati atas segala budi baik dan sifat pemurah auntie sekeluarga.
p/s: Auntie Sabariah berkahwin dengan warga tempatan Montreal, En. Ali dan menetap di sini selama lebih 25 tahun. Beliau menjalankan kerja-kerja kebajikan dan hal ehwal kemaslahatan umat islam di bumi Montreal.
No comments:
Post a Comment