Beberapa hari kebelakangan ini sesi menjejak kedai-kedai buku di sekitar downtown Montreal dan Verdun. jarak antara verdun dan downtown mungkin sekitar 10 KM..mungkin!
Kedai pertama sudah tentu dekat kediaman kami iaitu Librarie Bilingue Encor Lire. Di sini terjumpa buku The World is Flat tulisan Thomas L. Friedman yang diletakkan di dalam kaca pameran kedai tersebut. Ramai yang sudah membaca buku ini, tetapi kali ini saya baru berpeluang mendapatkannya dengan harga Can 7.95.
Kedai kedua ialah berdekatan dengan McGill University iaitu Paragraphe. Banyak buku-buku menarik dan terkini dijual di sini. Tapi tiada pula buku-buku terpakai!..Memandangkan bajet pun tidak mencukupi menjamu mata dengan melihat buku pun sudah memadai. Namun mata saya terpandag satu buku yang kulitnya sahaja sudah dapat menipiskan dompet yang memang sedia nipis. Buku berjudul The Quantum Ten karya terbaru Sheila Jones terbitan tahun 2008 yang dijual di sini dengan harga Can 25.80 saya perolehi melalui Amazon.com dengan kos penghantaran percuma berharga Can 18.87. Cuma perlu menunggu sehari untuk buku ini sampai di depan pintu rumah.
Sudah berada berhampiran McGill University, memang tak sah lah kalau tidak singgah le kedai buku universiti tersohor ini. Sesuai dengan usia universiti ini yang melebihi 100 tahun, kedai buku ini sememangnya elegan. Dengan ketinggian 5 tingkat, ribuan buku di jual. Saya hanya mencapai buku iWoz: Computer Geek to Cult Icon, karya biografi Steve Wozniak bersama Gina Smith.
Inilah kisah seminggu memburu buku di Montreal
2 comments:
teruskan memburu! dan pastikan muat kontena nanti apabila sampai masa untuk pulang ke Malaysia....
Insyaallah!!
Post a Comment