11/4/08

aahh...malam yang panjang

Serentak dengan masuknya musim sejuk, satu pengumuman dibuat supaya setiap warga Canada memusing jarum jam sejam kebelakang. Secara rasmi di musim sejuk ini, Canada kembali kepada keadaan asal iaitu lewat 13 jam berbanding sebelum ini 12 jam dari Malaysia. Keadaan ini dikenali sebagai Daylight Saving Time (DST).
Di awal musim sejuk ini, salji belum turun..suhu kadang-kadang mencapai 0'C..kebiasannya di bawah 5'C..pemanas di dalam rumah pun sudah mula dipasang..Waktu siang lebih singkat berbanding malam. Waktu maghrib pukul 4.39 PM, isya' seawal 6.05 petang manakala subuh pula pukul 5.15 AM.

Mental pun kena bersedia untuk menghadapi malam yang panjang..walau apa pun, inilah cabaran tinggal di negara orang!

2 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

membaca tulisan saudara, seolah2 saya berlayar dalam lautan ilmu - begitulah bezanya antara orang yang berilmu yang mempunyai kemahiran bersastera...

Faizal said...

Waduh...jauh sekali tanggapan Tuan Azli..hehe!