Hidup adalah suatu perjalanan mundar mandir di dunia ini sebelum kita dijemput pulang oleh 'Dia' ke 'sana' entah esok, lusa atau sebentar lagi.
9/15/08
Verdun
Inilah kawasan kami tinggal. 408 4th Avenue, VerdunQuebec, H4G 2Y2, Canada. 5 minit jalan kaki ke stesen Metro, 5minit jalan kaki juga ke kedai-kedai berhampiran di kiri dan kanan kawasan perumahan kami. Hampir keseluruhan barangan keperluan terdapat di sini termasuk kedai daging halal milik warga Algeria. Kebanyakan kedai-kedai runcit kecil-kecilan dimiliki oleh orang-orang asia seperti cina dan korea. Oh ya masjid pun selang beberapa buah dari apartment kami sewa. Tapi masjid di sini bukanlah masjid seperti yang terdapat di Negara-negara muslim yang lain. Sebuah apartment di sewa dan diletak kertas A4 bertulis Masjid Abu Hurairah. Sejak seminggu lalu aku sendiri belum pernah masuk dalam masjid ini lagi. Pernah 3 malam lepas selepas berbuka kononnya nak berterawih dan berkenal-kenalan dengan saudara seislam di sana, tapi pukul 830 masih tutup. So batal sajalah niat. Waktu siang, masjid ini tutup kecuali pada hari minggu diorang hantar anak-anak belajar agama menurut kata pemandu teksi kami yang pertama di bandar Verdun. Abdul Aziz juga warga Algeria yang sudah 13 tahun menetap di Quebec.
Isteri setiap pagi pergi ke kelas di Concordia yang terletak di Downtown Montreal. Sebuah kawasan metropolitan yang memiliki segala-galanya. Jarak perjalanan dari Verdun ke sana sukar dianggarkan. Menaiki metro ia akan menempuh lebih kurang 5 stesen dalam masa kurang dari 10 minit.
Selain masjid dan kedai-kedai, terdapat juga gereja yang setiap hari locengnya berbunyi. Kalau hari hujan bunyi locengnya lagi kerap. Aku sendiri pun tak faham kenapa. Mungkin bergoyang disebabkan angin kot…hehe.
3 comments:
sudah temui kedai buku?
ada dua buah kedai buku menarik sekitar kediaman saya..nanti saya ceritakan dalam next entry..
wah! cekap sungguh....inilah dikatakan ulat buku....hehehee
Post a Comment