www.majalahsains.com

9/29/08

Kedai Buku di Verdun

Setelah sebulan berada di Verdun, Montreal, kami sudah berjalan dan meninjau di kawasan sekitar bandar dan perumahan di sini. Satu yang saya perasan selepas berada di sini ialah mengenai masyarakat Montreal tentang kesedaran membaca. Saya kira, tabiat ini sudah pun melangkaui tahap kesedaran, barangkali lebih tepat diungkapkan sebagai kegilaan (biblioholism) membaca. Di mana-mana sahaja saya pergi, di dalam Metro (keretapi laju bawah tanah), sambil berjalan, sambil merokok, sambil makan, di anjung rumah dan di taman-taman kelihatan mereka memegang dan membelek buku, majalah atau suratkhabar.

Di kawasan kediaman kami, terdapat 2 buah kedai buku yang agak terkenal menurut warga tempatan. Yang pertama ialah kedai buku terpakai 'Bilingual Bookstore' (seakan-akan Payless Bookstore di Malaysia) dan yang kedua kedai yang agak mewah menjual buku-buku berbahasa Perancis yang diberi nama La Librarie De Verdun. Di sini boleh dikatakan kesemua buku-buku yang dijual berbahasa Perancis dan hampir separuh dalam kedai adalah buku-buku Bahasa Inggeris yang diterjemahkan.
Saya lebih berminat dengan kedai buku yang pertama disebabkan harganya jauh lebih murah, berbahasa inggeris dan banyak pilihan yang menarik. Kedainya kecil dan padat di samping penjaganya (dalam lingkaran umur 60 an) yang saya kira tahu serba serbi mengenai buku-buku yang dijualnya. Sebut sahaja nama pengarang dan genre buku yang dicari, pantas sahaja beliau menunjukkan rak.

Sepanjang berada di kedai buku ini, pengunjung terutamanya warga tua tidak putus putus datang silih berganti. Hebat warga tua mereka!

Buat sementara waktu ini, sepanjang berada di rumah sambil-sambil menikmati musim luruh yang dingin, 3 buah buku dibawah menjadi teman.



Kedai Buku terpakai







4 comments:

Ir. Dr. Kamarul Anuar Mohamad Kamar said...

Org Melayu perlu ubah sikap untuk minat membaca.. purata celik huruf di UK juga tinggi 99.99% dan rakyatnya berpengetahuan luas. Bukupun lebih banyak pilihan. Saya pasti di kanada pun sama

p/s: buku yg baru saya baca; the essential British, decline of greatest empire of the world dan my defance-asyley cole autobiography

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

seronok...seronok....cari lagi la kedai buku...dan tuliskan lagi..saya dah teruja!!

Ir. Dr. Kamarul Anuar Mohamad Kamar said...

salam dari Manchester.Saudara faisal, baru-baru ni saya dikritik didalam blog dan lisan kerana pandangan saya mengenai pensyarah IPTA..

Minta pandangan saudara.. dalam memilih tajuk penyelidikan adakah penting untuk penyelidik merujuk kehendak industri atau hanya perlu fokus kpd kepakaran bidang, tumpu kepada publish paper dsb..

Terima kasih..

Mohd Faizal said...

En Khairusy..

Sepanjang berada di sini, saya sudah jumpa dan berlegar di sekitar McGill University Bookstore, Borders dan Concordia University Bookstore...masa yang belum mengizinkan saya untuk masuk dan menikmati buku-buku di sana..hhehe

K.A.M.K..

Sama-samalah kita mengubah tabiat membaca di dalam negara...sudah banyak wujud kumpulan-kumpulan pembaca tegar yang berjuang untuk menyemai tabiat ini di Malaysia..

p/s: berkenaan kritikan tersebut, saya bukanlah orang yang tepat untuk memberi pandangan..cuma menurut pembacaan saya tentang penyelidikan tulisan Prof Dr. Mohd. Yusof Othman (dalam buletin PPPI keluaran 2006 kalau saya x silap), beliau menegaskan bahawa penyelidikan merupakan tabie semulajadi manusia yang sentiasa memperbaiki dan menambahbaik setiap perkara dalam dunia ini. Namun begitu, penyelidikan dalam konteks akademik mempunyai had dan sempadan yang telah ditetapkan oleh penyelia..sebarang percanggahan dan perselisihan pendapat adalah perkara lumrah dalam penyelidikan.