www.majalahsains.com

7/11/08

Tabiat 'Buruk' Pencinta Buku

1. Tak senang duduk kalau belum dapat buku yang diidamkan

2. Sanggup meredah traffic jam semata-mata untuk dapatkan buku idaman

3. Sanggup berhutang dahulu dengan akaun sendiri yang 'hampir' kering

4. Sanggup menghabiskan masa berjam-jam di kedai buku ala-ala 'window shopping'

5. Buku lama belum habis baca ( malah ada yang belum terusik), sudah membeli buku
baru..konon-kononnya sukar lagi untuk menemuinya ( kadang-kadang betul, kadang-kadang
sebaliknya)

6. Sanggup membiarkan 'pasangan' berseorangan membeli belah, sementara diri sendiri
bergerak dari satu rak ke satu rak buku lain di kedai buku..

7. Keadaan berselerak di bilik bacaan peribadi (alasan 'klise', belum sempat berkemas)

8. Sanggup menukar harga pakaian dengan harga sebuah buku ( sekiranya buku tersebut
benar-benar mengujakan)

9. Sanggup membayar harga yang lebih untuk membeli buku 'online' ketika sukarnya mencari buku tersebut di kedai


p/s..Tabiat ini hanya 'valid' untuk tukang catat blog ini sahaja..Orang lain mungkin lain pulak gayanya..

*********************************************************************************

Isnin lepas saya bergegas ke Bangsar Utama bila dapat tahu buku A.Samad Ismail Menulis ada di showroom CESB. Wah..gembira tak terkata bila buku tersebut sudah dimiliki. Buku ini adalah hasil kompilasi tulisan-tulisan tajam dan bernas A.Samad Ismail di dalam Gila-Gila suatu masa dahulu. Sangat menarik!! Kesempatan ke sana, berjaya memujuk Margaret ( staff CESB dan Editor Fantasi yang sudah ditamatkan penerbitannya) untuk ke masuk ke galeri Jaafar Taib yang jarang-jarang orang dapat menikmatinya selain di Pesta Buku. Saya juga membeli buku nota dan poskad 'birds of Malaysia' karya Jaafar Taib. Waduh! Nikmat yang tidak terhingga!

Creative Enterprise Sdn Bhd di Bangsar Utama

Buku

Buku lagiPotret Jaafat Taib di samping artwork beliau
Galeri Jaafar Taib

9 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Tambahan tabiat buruk....

Simpan beg-beg kertas Kinokuniya, MPH, Popular, Borders, Times, sebab sayang hendak digunakan lagi, apatah lagi hendak dibuang.

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Juga satu lagi tabiat buruk (saya punyai tabiat ini), pantang melihat buku kegemaran, walaupun dah punyainya, tapi kalau bertemu judul-judul itu pasti dibeli lagi...takut orang lain beli...hehehee

Anonymous said...

Puan Ainon..
Itu betul, saya sendiri pun menyimpan
banyak beg-beg kertas selepas membeli buku..kalau dikumpulkan setempat, di ambil gambar tentu menarik. Sayang kalau dibuang!

Tuan Khairusy Syakirin..
Saya juga pernah beberapa kali membeli buku yang sama, walaupun sudah ada dirumah..kadang-kadang menyesal..hehe!

Zamri Mohamad said...

Tambahan.

Mudah bimbang apabila ada yang datang hendak meminjam. Bila pula si dia hendak pulangkan.

Pak Samad sudah nasihat sekitar tiga tahun lalu, jangan dipinjam, nanti tidak dipulangkan. Melainkan orangnya itu passionate mengenai dunia buku. Itu berbeza dengan orang yang suka judul-judul buku tertentu.

Pembeli buku perlu ada sedikit sifat kedekut meminjam tetapi murah hati berkongsi ilmu yang dibacanya.

ZAMRI MOHAMAD

Anonymous said...

Tuan Zamri..HAMKA pernah mengungkapkan, beliau lebih rela berpisah dengan anak daripada berpisah dengan buku

Anonymous said...

setuju dengan semua tabiat buruk ... ada tambahan ... beli buku judul sama sampai 10 buah kalau ada jualan murah ... simpan untuk beri hadiah kepada kawan-kawan dan juga ada kawan yang pinjam tapi lambat pulangkan jadi beli semula dua tiga buah lagi.

pakai baju tampal dan selipar koyak tak apa jangan tak beli buku setiap bulan.

Kak Wan

Anonymous said...

Selaku crew CESB.. dan anak kpd Jaafar Taib, saya sgt hepi bila nampak post ni. :) terima kasih kerana setia menyokong kami!

textsbook4students said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kak wan xder blog?..

Puan/Cik Sheila..
x sangka anak Pak Jaafar taib pun singgah di blog ni..saya memang minat sangat dengan lukisan ayah puan/cik...
kalau ada duit, saya nak borong semua lukisan beliau letak kt dinding rumah..