7/30/08

Suasana intelektual menurut Prof Dr. Muhammad Haji Salleh ( SN)


  • Apabila fikiran terbuka, maka ucapan juga terbuka dan imaginasi berkembang menjadi gagasan dan seni. Pendapat dan sudut pengalaman memperkayakan bangsa itu. Ilmu bercambah, bercabang, membesar dan menawarkan jawapan buat hidup di dunia. Buku akan melimpah di kedai dan meja baca di ruang peribadi
  • Suasana intelektual dibina oleh beberapa faktor, sebahagiannya terlihat di mata kasar, sebahagiannya tidak. Tetapi cukup jelas bahawa suasana intelektual di gerakkan oleh suatu tradisi dan budaya buku. Di Perancis, Jepun, China, Jerman, India dan Indonesia, kita kagum dengan tabiat membaca yang luas, rencam, ghairah dan dalam berbagai-bagai bahasa pula, dan sekiranya tidak terlalu banyak bahasa yang difahami maka ilmu tempatan dikuatkan oleh terjemahan yang dinamis dan semasa.
  • Budaya buku disokong oleh perpustakaan yang sering menjadi jiwa kota atau kampung. Buku-buku mutakhir dan cepat sampai ke rak setelah diiklankan atau diulas dalam suratkhabar/majalah/TV. Kadang-kadang apabila buku itu terkenal maka, dibeli sehingga 15 naskhah sebagai khidmat istimewa kepada pembacanya. Perpustakaan besar pula biasanya memuatkan karya dalam lebih daripada 10 bahasa. Yang amat dikagumi oleh ialah sikap pustakawan terhadap pembaca, mereka menganggap diri mereka sebagai pemandu atau teman kepada keindahan ilmu atau seni. Maka kerjanya dan bantuannya beriringan dengan senyuman
  • Karya aslinya juga tidak diabaikan. Dalam zaman globalisasi dan maharajalelanya bahasa Inggeris,orang Belanda, Jerman dan juga Jepun terus bangga, terus menulis dan berkarya dalam bahasa ibundanya, yang jelas menjadi teras jatidiri dan alatan hidup dan kemajuannya
  • Majalah-majalah dan jurnal menjadi bernafas ilmu terbaharu dunia.
  • Ulasan buku yang bersifat madani dan sopan, serta berilmu kukuh dan rendah diri dan pintar juga menjadi pengiklan dan pembincang pemikiran dan karya terakhir. Hampir semua suratkhabar besar di Eropah, Amerika dan Jepun memuatkan sejumlah ulasan buku setiap hujung minggu, kalaupun tidak setiap hari.
  • Harus ada kedai buku yang baik dan banyak pula jumlahnya, dan menjadi tumpuan pembaca, dan bukunya mampu dibeli dengan gaji tempatan. Tidak lupa juga kedai buku terpakai yang banyak
  • Sekumpulan manusia yang cukup mementingkan kehidupan intelektual, dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana tugas dan sumbangannya.
  • Sejumlah pengumpul buku, mengumpul buku bidang mereka dan berusaha mencarinya walaupun dengan harga yang tingi.Perlu ada sedikit ( atau banyak) kegilaan
  • Mereka (pengumpul buku) merasa bangga mempamerkan buku-buku ini sebagai kumpulan intelektualnya yang langka ( dan berharga, selain dari sudut nilai wangnya)
  • Perdebatan yang terbuka dan madani – tentang buku, ilmu dan seni. Kritikan buku dan seni dibuat oleh kritikawan yang matang dapat membantu perkembangan intelektual. Di Eropah dan Jepun, ada siri rancangan perbincangan buku oleh kritikawan ternama setiap minggu dalam malajah, suratkhabar, TV dan sekarang dalam dunia siber dan blog
  • Eksperimen ilmu yang berterusan. Oleh itu gagasan baru biasanya dari penyelidikan yang mengambil waktu yang panjang, menjadi penggerak terbaharu untuk sesuatu bidang.
Petikan dari Dewan Sastera, 2007

Untuk mengenali lebih lanjut tentang Sasterawan Negara terbilang ini sila lawati laman web beliau

4 comments:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

menarik sekali kupasannya. Ada banyak idea yang boleh diambil.

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

kita kehilangan seorang lagi sasterawan negara yang sangat prolifik menghasilkan tulisan dan karya yang bermutu tinggi..

MUHAMMAD AZLI SHUKRI said...

mungkin saudara boleh menulis berkenaan SN Othman Kelantan..

Faizal a.k.a Mundarmandir said...

En.Khairusy,
Terima kasih tuan atas kunjungan

En Muhammad Azli Shukri,
Al-fatihah kita semua untuk allahyarham. Jasa beliau dalam kususasteraan melayu terlalu banyak.
Terima kasih juga atas kunjungan tuan ke blog ini.