3/3/09

Bagel, Yahudi dan Realiti Umat Islam



Bagel adalah sejenis makanan berupa roti yang banyak terdapat di negara-negara yang mempunyai komuniti Yahudi yang besar di dunia termasuk Montreal yang kami diami sementara ini. Sejarah kewujudan bagel ini juga bermula dari kaum Yahudi sejak ribuan tahun dahulu dan ia termasuk di dalam kategori Kosher Food atau makanan yang halal dimakan oleh orang-orang Yahudi . Untuk pengetahuan Kosher Food juga halal dimakan oleh orang islam kecuali jika kaedah penyediaan dan pembuatannya yang tidak menurut hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh agama kita. Ia sama seperti konsep makanan halal dalam islam yang cuba untuk dibisneskan dan diperluaskan melalui konsep Halal Food. Entah apa status perkembangannya sekarang saya sendiri pun kurang arif. Harap-harap dapatlah seluruh dunia mengenali dan memahami dengan baik konsep makanan halal ini dan tidak hanya digunakan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Pertama kali saya terjumpa perkataan 'bagel' ialah apabila membaca tulisan Hishamuddin Rais dalam rencana Pelarian 7300 Hari di dalam Majalah Fantasi beberapa tahun yang lalu. Kisah bagaimana dia terpikat dengan kejelitaan seorang perempuan Yahudi penjual bagel di Kota London.

Kini saya berpeluang melihat sendiri bagaimana rupanya bagel yang terkenal di kalangan orang Yahudi malah pernah mencubanya juga. Sebenarnya tidak ada yang menarik dan pelik tentang bagel ini. Ia hanyalah roti biasa seperti yang kita dapati di Malaysia juga termasuk bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya kecuali ia telah melalui inovasi dalam tempoh yang panjang sehingga melahirkan bagel pelbagai bentuk, rupa dan rasa di seluruh dunia.

Kenapa saya tertarik untuk bercerita tentang makanan orang Yahudi ini. Tidak lain ialah untuk mengaitkannya dengan perpaduan di kalangan orang Yahudi itu sendiri. Seluruh dunia terutamanya orang islam begitu hairan dan kadang-kala takjub melihat kesatuan dan perpaduan kaum yang dilaknat Tuhan ini (baca Yahudi-Zionis) sehingga boleh memporak perandakan dunia. Sebut sahaja bidang apa yang mereka tidak jaguh baik sukan, budaya ilmu, sains&teknologi, media, hiburan, fesyen hatta makanan seperti bagel ini sekalipun boleh menyatupadukan kaum yang populasinya hanyalah 13.8 juta orang sahaja diseluruh dunia berbanding umat islam sejumlah 1.5 bilion. Mengapa? Inilah yang selalu menjadi persoalan kepada umat islam dan kita bertanggungjawab untuk perpecahan umat ini.

Di Montreal, saya seringkali memerhatikan kaum Yahudi ini. Mereka tidak ubah seperti kaum-kaum yang lain juga. Mereka memiliki Syanogogue yang agam, rabi-rabi mereka tetap dengan pakaian hitam kemas, anak rambut berpintal dan bertutup kepala. Di hospital milik mereka, tulisan hebrew boleh didapati di mana-mana termasuk bilik doktor yang merawat pesakit dan mereka juga turut berdemonstrasi mempertahankan tindakan Israel merempuh Gaza di Palestin baru-baru ini di tengah-tengah kota Montreal. Buku-buku, majalah, akhbar, TV juga turut sama melaporkan laporan berat sebelah menyebelahi kezaliman mereka dengan pantas dan cekap sehingga melekakan umat islam yang hanya marah seketika bila melihat kekejaman Zionis, kemudian kembali mengerumuni semula premis-premis Yahudi di seluruh dunia selepas reda kemarahan. Bagaimana untuk kita terus sedar akan bahayanya propaganda dan jarum halus musuh nombor wahid ini. Satu lagi persoalan yang perlu disemat di dalam dada setiap umat islam.

Mengapa kita selalu berpecah dan berselisih pendapat tentang perkara titik bengik yang sangat merugikan. Sukarkah kita kembali kepada Allah Yang Satu dan ajaran Muhammad dengan merujuk Quran dan Sunnah.

Marilah kita insaf, bahawa roda umat islam sedang berada di bawah! Entah bila roda ini akan berpusing semula, semuanya terletak di atas kudrat kita. Teruskan memohon petunjuk Allah di atas kelemahan kita ini supaya beroleh kekuatan!

p/s: Saya kini sedang menyelak helaian-helaian buku Gideon Spies: The Secret History of the Mossad..ada yang berminat ingin berdiskusi tentang buku ini ?
p/s/s: Rencana Estidotmy Februari di blog MikroNano

5 comments:

Anonymous said...

mengapa kita sering berpecah dan bergaduh sesama sendiri??

kerana itu du'a nabi yang tidak dimakbul kan Allah...

Anonymous said...

Maaf..mula2 tengok tajuk.. mcm nampak seakan2 perkataan 'bogel'..( tergezut dibuatnya...)...heheh

di Malaysia, mereka mempunyai kereta gah bila melekatkan stiker McD..malah bila diingatkan tentang kempen boikot ni...salah seorang kawan saya...berkata 'peduli aper saya'..

Faizal said...

Anon 1
Saya kurang faham maksud ayat 'kerana itu du'a nabi yang tidak dimakbul kan Allah'..boleh jelaskan?

anon 2
itulah realiti 'orang kita'..

en me
salam perkenalan..blog tuan sangat menarik dan memang lumayan :-)
Macamana boleh singgah di sini..

Anonymous said...

Salam Sdr. Faizal,

Mungkin yg dimaksudkan oleh Anon 1 adalah mafhum / maksud satu Hadith berkenaan satu daripada tiga doa Rasulullah SAW yg tidak dikabulkan Allah SWT iaitu "Jgnlah umat aku bergaduh sesama sendiri". Saya akan cuba dapatkan matan dan sumber rujukan yg tepat berkenaan hadith ini. Juga, Nabi SAW telah memberi amaran, doa umat Islam tidak akan dikabulkan selagi mereka caci mencaci sesama sendiri. Wallahu'alam...

Zaidi, TR

Faizal said...

Salam Tuan Zaidi, dari TR :-)

Boleh jadi juga. Terima kasih!