Hari ini, Mingguan Malaysia di dalam rencana Pena Dr Asri, telah mengutarakan persoalan yang sering bermain di minda orang islam di Malaysia tentang isu Wahabi.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang sentiasa dituduh wahabi telah menulis dengan agak jelas tentang isu ini. Boleh dibaca di sini dengan tajuk Misteri Istilah Wahabi.
Tukang Catat blog mundar mandir ini semenjak di zaman universiti (1998-2001)lagi telah mula mendengar isu wahabi. Terpanggil untuk mengetahui apakah sebenarnya wahabi, saya telah menulis sebuah ulasan buku tentang isu Wahabi pada tahun 2007. Di bawah diturunkan semula catatan yang agak panjang itu untuk tatapan bersama:
*****************************************************
Wahabi : Fakta dan Renungan Untuk Umat Islam
Oleh : Mohd Faizal Aziz
Bahagian Pertama
Penulis merasa terpanggil untuk melibatkan diri dalam perbincangan suatu topik yang hangat diperkatakan dalam media perdana akhir-akhir ini berkaitan persoalan wahabi atau pun gerakan wahabiah yang agak kontroversi dan berkait rapat dengan kita sebagai seorang muslim yang taat beragama. Tulisan ini bersumberkan satu buku kecil yang bertajuk “Wahabi Dan Reformasi Islam Internasional” karya Drs, Zainal Abidin Syihab dari Jakarta Timur pada tahun 1988 dan diterjemahkan semula ke dalam bahasa melayu oleh Ibnu Hussein dengan tajuk “Gerakan Islah Muhammad ‘Abd Al-Wahab, Kenyataan dan Tohmahan” dan dicetak pertama kali dalam bahasa melayu pada bulan Mei tahun 1997 oleh Penerbitan Nuur Publication, Kajang. Perlu disebutkan juga bahawa di bahagian akhir buku ini dilampirkan satu kertas kerja berjudul “Syeikh Muhammad Abd Al-Wahab dan dakwahnya” hasil tulisan Abdul Qadeer Mandeely dari Pejabat Am Hal Ehwal Agama dan Masjid Al Haram Makkah Al-Mukarramah, dalam siri Wacana Tokoh-tokoh Mujaddid Islam bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 10 Julai 1994. Pertama kali mendengar persoalan tentang wahabi atau gerakan wahabiah ialah pada tahun-tahun pertama pengajian penulis di sebuah universiti tempatan dan kerap kali ia didengari dari mulut ke mulut dengan pandangan serong sehingga pada satu masa sehingga mencetuskan rasa ingin tahu tentang persoalan wahabi ini. Setelah hampir lapan tahun isu ini timbul kembali dan kesempatan ruang masa yang ada penulis cuba untuk sama-sama membincangkan isu wahabi ini dengan dada lapang dan sama-sama mengajak pembaca dan umat islam berterusan mencari ilmu tentang apa saja persoalan penting yang boleh menggoncang nikmat hidup beragama .
Sejarah Ringkas
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab atau nama sebenarnya ialah Muhammad Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin At-Tamimi dilahirkan di ‘Uyainah, di sebuah daerah di Utara Riyadh pada tahun 1115 H (1703 M). beliau membesar di bawah jagaan ayahnya yang juga seorang qadi di daerah tersebut. Menurut sejarah Syeikh Muhammad Abd Wahhab telah menghafal Al-Quran sebelum mencapai umur 10 tahun dan ini merupakan satu tanda kecerdasan otak beliau sebagai seorang muslim pada waktu itu. Beliau telah mempelajari Fiqh Hambali, tafsir Al-Quran, hadis dan sebagainya daripada bapanya. Sememangnya beliau sejak dari kecil amat menggemari membaca kitab-kitab tafsir, hadis, akidah serta menumpukan banyak perhatian beliau pada tulisan-tulisan karya syeikhul islam terkenal Ibn Taimiyah dan Al-Hafiz Ibnu Qayyim.
Setelah itu beliau berangkat ke tanah suci Makkah menunaikan ibadat haji seterusnya ke Madinah Al Munawarrah menziarahi masjid nabawi, menziarahi maqam rasululullah dan para sahabat. Selanjutnya mengikut sejarah, Syeikh Muhammad Abdul Wahhab mendalami pelbagai ilmu agama dari ulamak madinah seperti Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif, Syeikh Ali Afandi Ad Daghastani, Syeikh Muhammad Hayat As Sindi dan ramai lagi. Selepas itu beliau berangkat pulang ke Najd dan terus ke Basrah. Beliau tinggal di sana beberapa waktu dan mendalami ilmu agamanya daripada para ulamak terkenal di Basrah seperti Syeikh Muhammad Al Mujmu’I dan Al Allamah Malla Hamdu Al Jamil. Dalam perjalanan pulang kembali ke Najd , beliau sempat berhenti di Al Ahsaa’ dan mendalami pengetahuan agamanya dari Syeikh Muhammad bin Abdul Latif As Syafie.
Ketika pulang ke negerinya, beliau melihat telah banyak berlaku kemungkaran, kesyirikan dan kesesatan berleluasa di negeri Najd yang dilakukan oleh kaum muslimin pada waktu itu. Diriwayatkan pada satu masa beliau melihat dan mendengar orang meminta pertolongan dengan Rasululullah ( di makamnya) dan bukannya dengan Allah SWT lagi, lantas beliau bertanyakan gurunya tentang perkara itu. Lantas gurunya menjawab “sesungguhnya celekalah mereka itu dengan apa yang mereka itu padanya dan kekarutan yang mereka kerjakan”. Pada tahun 1158 H, beliau berangkat ke Dar’iah dan amir Dari’ah pada waktu itu iaitu Muhammad bin. Saud Amir Ad Dar’iah telah bersetuju dengan cadangan Muhamad Abdul Wahhab untuk berjuang berjihad di jalan Allah bagi melaksanakan tuntutan ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar’ serta menegakkan kembali syiar islam yang semakin hari semakin dilitupi kegelapan. Walaupun ramai yang menaruh minat terhadap gerakan tajdid (pembaharuan) yang dibawa oleh beliau, tidak dinafikan beliau juga menerima tentangan dari pelbagai sudut untuk menghalang gerakan beliau. Orang awam sering terpengaruh dengan golongan penentang beliau disebabkan beberapa faktor seperti:
- Pihak penentang beliau telah menulis surat kepada kerajaan Uthmaniah bagi meminta bantuan ketenteraan bagi memerangi gerakan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab (SMAW). Mereka menakutkan kerajaan uthmaniah bahawa jika gerakan in tidak dibendung, kekuasaan kerajaan Uthmaniah lama kelamaan boleh lenyap
- Menabur fitnah dusta menuduh SMAW telah membuat mazhab kelima, tidak mencintai Rasululullah, tidak menghormati wali dan merosakkan kuburan para tabi’in dan wali allah.
- Golongan yang terikut dengan tradisi lama menghormati dan memuliakan kuburan para sahabat Rasulullah mennetang habis-habisan gerakan yang di bawa oleh SMAW demi untuk menjaga sumber rezeki mereka.
- Sesetengah ulama’ tidak mendapat gambaran yang jelas dan tepat tentang SMAW dan dakwahnya. Mereka hanya mendengar daripada orang-orang yang hasad dan memburukkan SMAW tanpa merujuk terus kepada kitab-kitab karangan SMAW dan pegangan akidah beliau.
-
SMAW meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H (1793 M) dalam usia 90 tahun setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun dalam memangku jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi yang terkenal sebagai kerajaan wahabiah.
Bersambung di bahagian selanjutnya. Ikuti link di bawah
Isu Wahabi: Mari Kita Berbincang dan Mengkaji (2/5)
Isu Wahabi: Mari Kita Berbincang dan Mengkaji (3/5)
Isu Wahabi: Mari Kita Berbincang dan Mengkaji (4/5)
Isu Wahabi: Mari Kita Berbincang dan Mengkaji (5/5)
Isu Wahabi: Mari Kita Berbincang dan Mengkaji (3/5)
Isu Wahabi: Mari Kita Berbincang dan Mengkaji (4/5)
Isu Wahabi: Mari Kita Berbincang dan Mengkaji (5/5)
4 comments:
Salam....
Tahniah kerana ada minat yang mendalam utk mengkaji isu yang menjadi perdebatan hebat.
Secara peribadi,isu khilafiyah pemikiran antara Shafieyyah dan Wahabiyyah ini memang tidak akan berakhir.
Atas sifat cintakan ilmu dan rasa ukhuwwah, kawe sarankan demo telusuri juga secara lebih terperinci kerangkan isu/kumpulan ini, dimanakah kelompok sebenar ia berada samada tradisionalist(kata DrMaza),fundamental,konseravatif,modenisme,neomodenisme dll.
Rujukkan kepada Pemikiran Islam di M'sia:Sejarah dan Aliran karya Dr Abd Rahman Haji Abdullah adalah bagus utuk diteladani.
Begitu juga, jgn lupa memberi kredit ke Ahkam.Net utk dapatkan perbahasan tntngnya termasuk video,e-buku dll oleh panel2 disana.Maulana Asri sebagai mengambil contoh.
Untuk pertimbangan yang lebih adil dan sahih, jua perlu luaskan harizontal pembacaan demo kepada buku seperti HUJJAH MENOLAK WAHHABI Terjemahan Syed Zain al-Habshee. Mengandungi 138ms. Buku ini hasil terjemahan dari kitab al-Durar al-Saniyyah karangan mantan Mufti Makkah al-Syafi'iyyah : Syeikh Ahmad Zaini Dahlan.(www.al-ghari.blogspot.com)untuk pengkajian lebih serius untuk lebih tidak berpihak.
Teruskan usaha.Semoga ada kebaikkannya..
Akhi Mat Je
Salam Akhi Mat Je,
Memang ada berniat nak baca dan memiliki buku karya Dr Abd Rahman Hj Abdullah..buat masa skrg, dok baca versi online dekat google book (tapi x lengkap)..insyaallah ada kelapangan kawe akan dapatkan buku ni..
Isu wahabi dalam siri tulisan ni, kawe hanya baru baca (rujuk) satu buku...masih banyak lagi lautan ilmu untuk dikaji dan digali..tapi apa pandangan demo dan pakar-pakar bidang agama dari timur tengah ttg isu wahabi.. Di Malaysia agak kecoh, tapi di barat di kaji dengan mendalam oleh orientalis..
Oh ya, satu lagi dalam perbicangan isu-isu kritikal begini, kawe mmg mengelak untuk baca pelampau2 agama yang keras mempertahankan pandangan masing-masing tanpa mengambil kira pandangan musuh dsbgnya...
Dalam situasi fahaman agama yg agak kalut dan penuh dengan isme-isme tersendiri, kawe berharap agar ada golongan2 pencerahan yang datang mengembalikan kekuatan agama..
mungkin grup pelajar dari timur tengah boleh membantu
just my 2 cent
Alhamdulliah, ada perkembangan baik utuk kajian lebih dalam.Moga diberi kekuatan.
Sedikit utk dikongsi,mggu lepas kawe ada mengunjungi Pesta Buku di Kompleks PKNS,Bangi sempena Karnizal Kesenian dan Keilmuan Islam(Refer Zaharuddin.net,ada link ke sana)Bnyk karya/buku terbaru sederhana berat tak tidak kurang santai dan versatile.
Kw ada mendapatkan beberapa buah buku khususnya utk develop nota kuliah utu subject teaching kawe kpd student terutama utk subject Munakahat, Muamalat dan Muasyarah.
Buku Perkahwinan dan Perceraian dlm Islam karya Dato Prof Haji Salleh Haji Ahmad(Felo di Kuliyyah Undang2 Islam,IIUM dulunya APIUM,KL) kawe beli. Ini semua utk membuat comparative dgn buku Undang2 Keluarga Islam-Aturan Perkahwinan-karya Dr.Mat Saad Abd Rahman(mantan pensyarah FPI-UKM).Aspek2 berkaitan laras bahasa, terminologi yang digunakan, dan bahasa,cara persembahan isi kandungan pastikan nak yng mudah sahaja agar mudah stdent faham.
Juga beberapa buku2 yang agak famous di persada dan pencinta buku kw juga berjaya dapatkannya antaranya:
1.Laskar Pelangi
2.Cara mengulas buku & Jurnal Ilmiyah olh Roosfa Hashim-Pustakawan UKM skrng)
3.Wanita dalam Perundangan Islam oleh Abu Urwah(Saari Sungib 7Ahli Parlimen Hulu Kelang sekarng)
Sambutan komuniti dan khalayak adalah sungguh memberangsangkan.
Moga ada kebaikan dgn share ini.
Mat Je
Post a Comment