7/4/09

Isu Wahabi: Mari Kita Berbincang dan Mengkaji (2/5)

Wahabi : Fakta dan Renungan Untuk Umat Islam

Oleh : Mohd Faizal Aziz


Bahagian kedua

Bingkisan dakwah SMAW.

Perlu disebutkan juga bahawa bekas tangan para pendakwah dan pelopor gerakan tajdid bukan hanya meninggalkan kesan dakwah mereka tetapi juga kitab-kitab, buku,surat-surat dan syarahan serta khutbah-khutbah sebagai panduan untuk umat islam selepas zamannya. Cuma yang agak menghairankan peninggalan ini bukan di ambil manafaatnya oleh umat islam itu sendiri, tetapi dikaji dengan dengan bersungguh-sungguh dan teliti oleh kaum orientalis buat menggagalkan gerakan dan amalan umat islam seluruh dunia. Di sini penulis menyalin semula sebahagian antara peninggalan kitab serta syarahan SMAW dalam pelbagai bidang termasuk sains. Senarai peninggalan ilmu ini dapat diperolehi dari buku karangan Dr. Saleh Al Abbud (1407/1987M) berjudul ”Aqidah Sheikh Muhammad Abdul Wahhab dan Kesannya ke Seluruh Dunia Islam ”. Dicatatkan juga bahawa tidak kesemuanya penulisan SMAW di bukukan melainkan ada yang tidak tersebar dan selebihnya merupakan khutbah beliau termasuk khutbah hari raya sebanyak 75 tajuk. Antara karangan SMAW ialah:


1. Bersihkan tauhid anda dari noda dan syirik

2. Kitab Tauhid, Hak-hak Allah SAW

3. Mengikis segala keraguan dan kesamaran

4. Kitab syarahan hadis-hadis terdiri dari 4 jilid, (satu jilid lebih 600 halaman)

5. Kitab fiqah terdiri dari 3 jilid yang kesemuanya hampir 2000 halaman

6. Kitab risalah-risalah dakwah

7. Kitab Tafsir

8. Kitab ringkasan Zadul Ma’ad

9. Kitab syarahan kepada kitab sirah nabi

10. Kitab ringkasan sirah nabi

11. Kitab-kitab asas iman

12. Fadilat dan keutamaan islam

13. Fadilat dan keutamaan al-quran

14. Kitab ringkasan kitab fathul Bari, syarahan Kitab Hadis Sahih Bukhari, Ibnu Hajar Askalani

15. Etika dan adab menuju tempat ibadah

16. Menjawab tuduhan-tuduhan Syiah

17. Kitab kumpulan-kumpulan fatwa

18. Siri khutbah jumaat dan hari raya

Karya dan karangan SMAW telah menunjukkan kepakaran dan keluasan ilmu beliau dalam gerakan memurnikan kembali akidah islam yang tercemar. Amat jarang kita dapati ulamak yang berkebolehan menulis puluhan atau mungkin ratusan karangan tanpa menguasai dan mendalami bidang tersebut terlebih dahulu lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang reformer yang aktif sebagai mujahid membela agama. Perlu diingatkan juga bahawa kejayaan besar SMAW ialah memanjangkan dakwahnya ke istana-istana sultan setelah bertungkus lumus berusaha ke arah itu. Beliau hanya meneruskan tuntutan dakwah Nabi Muhammad SAW dan sahabat dan para rasul serta nabi sebelumya untuk menegakkan ajaran tauhid yang murni dan mengikis darinya amalan syirik, khurafat dan bidaah sesat (dhalalah) yang berleluasa. Kalau ditinjau dengan mendalam dan saksama , pegangan kaum muslimin pada masa kini juga tidak terlapas dari syirik dan khurafat. Kita lihat berapa ramai lagi umat islam yang masih mempercayai bomoh dan jampi, mempercayai amalan karut turun temurun dalam masyarakat melayu dan sebagainya. Ini juga menuntut satu usaha berterusan agar kemurnian akidah islam itu tidak terjejas.


Sambungan

Bahagian ketiga: Akidah Syeikh Muhammad Abdul Wahab

2 comments:

Anonymous said...

Salam Thani...
Moga ada kebaikan dengan perkongsian yang sihat ini.

Juga beberapa buah buku telah habis dibaca :

1.Fiqh Miniroti Non-Muslim oleh Nidzam Kadir
2.Bidadari dari Syurga-sebuah Memoir isteri MB Kelantan.

Buku2 dlm list utuk dapatkan di pasaran:
1.Generasi Ulul Albab-Sabri Mohd Sharif
2.Ketika Cinta Berbuah Syurga-Novel Kecil Kang Abik
3.Jatuh sebuah Tamadun karya seorang Indonesia terbitan PTS
4.Pembaharuan Islam oleh Fazlur Rahman terbitan ITNB dan translated to BM Olh Dr Amilah Awg Abd Rahman.
5.Institusi Syariah dan Sains terbitan UTM Press(Khas utk dapatkan tema-tema besar berkaitan penyediaan proposal bidang Pemikiran Pendidikan Islam-sedang dalam perancangan,mudah2an dimakbulkan sedikit masa lagi)

Juga beberapa karya sedang dalam proses penghantaran :

1.Pemikiran Hamka olh Prof Sidek Baba
2.Allah antara Akidah dan Tasauf olh Dr.Abd Fattah Haron-Panel Akidah dan Ajaran Sesat JAKIM,Prof di FPI,UKM)
3.Seni Kebudayaan Islam dan Sosio Politik olh Dr Abd Rahman Haji Abdullah

Ketiga2 buku diatas adalah terbitan DBP.

Manakala buku buah tangan UZAR juga dlm proses penerimaan:

1.Murabahah(lihat posting terkini di www.zaharuddin.net)
2.Wang,anda dan Islam.

Moga ada manfaatnya dgn perkongsian ini.

Mat Je

Faizal said...

Tq tq..

Patut demo kena wujudkan satu blog juga untuk menyebarkan maklumat2/pengetahuan..biar sama-sama dapat menikmati..

Kawe pun ada kirim beberapa buah buku dengan student2 Montreal yg balik bercuti musim panas..

Buku pemikiran Hamka ..Dr. Sidek Baba salah satu daripadanya..