www.majalahsains.com

12/2/09

Promo Kosmik Disember



Saya tidak tahu berapa ramai pembaca atau peminat yang melanggan/membeli Dewan Kosmik. Untuk makluman, Dewan Kosmik ialah majalah sains popular pertama di Malaysia terbitan DBP yang telah menemui pembacanya seawal tahun 1993 kira-kira 16 tahun yang lepas. Saya antara penggemar majalah ini sejak di zaman persekolahan dahulu walaupun tidak melangganinya secara berkala.

Kesukaran mendapatkan Dewan Kosmik dan majalah-majalah terbitan DBP yang lain adalah antara komen-komen yang selalu saya dengar dari rakan-rakan, malah ada juga yang tidak pernah mengetahui tentang kewujudannya. Ya, itu semua adalah cabaran dan dugaan dalam bisnes penerbitan. Menjadi tanggungjawab pihak penerbit untuk melakukan sesuatu sebagai langkah mempromosikan produk mereka. Dengan kemajuan teknologi jaringan sosial internet seperti Facebook, Twitter, Blog, Youtube dan sebagainya saya kira tidaklah begitu sukar untuk mempromosikan produk. Internet marketing adalah kata kuncinya. Yang paling mustahak ialah skills dan teknik promosi.

Di laman facebook misalnya sudah menjadi platform yang baik untuk mengetengahkan sesuatu produk bahkan sudah muncul pelbagai buku yang menghuraikan konsep internet marketing melalui jaringan sosial internet. Nah, peluang terbuka luas. Laut biru kata orang sekarang. Rebutlah!

p/s:- Artikel terbaru Tukang Catat muncul di Dewan Kosmik dengan tajuk Gentian Optik Sepantas Cahaya yang menceritakan kisah pemenang Hadiah Nobel Fizik 2009, Charles Kao.

4 comments:

Anonymous said...

betul benar kata En Faizal, diri ini pun x berapa kenai KOSMIK...

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

dengannya ada bloggers macam tuan, harapan menggunung melihat majalah-majalah berkualiti dan berilmu dapat dipromosikan dengan lebih efisien dan dekat di hati pembaca....

Mohd Faizal said...

Cik Anon,

Boleh la mula berkenal-kenalan dengan Dewan Kosmik. Satu platform yang baik untuk belajar menulis tentang sains secara umum dan untuk bacaan orang awam.


Tuan Khairusy,

Saya terkesan dengan gerakan gelombang membaca di dalam negara. Salah satunya ialah usaha murni KomunitiBukuOnline yang diusahakan oleh tuan dan rakan-rakan.Ia menyuntik semangat untuk berusaha melakukan sesuatu dan melihat rakyat Malaysia merealisasikan budaya membaca.

Wan Anie said...

Saya pernah juga beli Kosmik semasa belajar dahulu.. sekarang agak sukar mencari majalah ini di kawasan saya tinggal. maklumlah Hulu Selangor... hehe