Sebenarnya saya ada 'janji' di blog mundarmandir2 . Janji untuk mengulas buku. Pertama buku 
Kenang-kenangan Hidup Hamka (kenyataan ini sudah banyak kali diulang ) dan yang kedua ialah 
Novel Transgenesis, karya 
Amir Hussaini. Buku kedua saya bercadang untuk mengulasnya di kolum resensi buku di 
MajalahSains.Com sesuai dengan genre 
Sai-Fai nya. Buku pertama hanya untuk mengisi masa lapang dan melatih diri membuat ulasan buku. Cuma buku pertama ini genre nya agak berlainan dengan apa yang saya sedang tekuni sekarang [baca sains & teknologi] , jadi kemungkinan ia mengambil sedikit  masa. Walaubagaimanapun sebahagiannya sudah saya tulis dan letakkan di dalam 'draft' di sini. Masih banyak untuk ditambah di sana-sini sebelum di 
'publish'.Peminat buku di luar sana juga digalakkan mendapatkan buku Kenang-kenangan Hidup ini untuk sama-sama melihat dugaan dan rintangan ulama dan pengarang besar nusantara bernama 
Haji Abdul Malik Karim Amrullah a.k.a HAMKA untuk dibandingkan dengan sekelumit kisah 'tauliah' 
Dr.Maza.
Semalam saya membeli buku dan majalah lagi. Aktiviti rutin di awal bulan :-).



p/s..gambar sekadar hiasan
~Verdun, Montreal~
 
No comments:
Post a Comment