Masih saya ingat kata-kata seorang warga Montreal yang menyatakan, musim sejuk harus dilalui dengan seronok. 'Let's embrace the winter and enjoy it', katanya. Dalam kedinginan saya membayangkan, bagaimana kental dan kuatnya fizikal dan mental warga yang tinggal di negara-negara yang mengalami cuaca melampau seperti Kanada dan negara-negara lain seumpamanya. Begitu jugalah saya mengingatkan diri saya sendiri supaya mempelajarai sesuatu dari penduduk yang budayanya amat jauh berbeza dengan budaya kita di Malaysia. Mari kita berdepan dengan cabaran!

p/s: Sempena kedatangan musim sejuk kedua bagi kami di Montreal, saya sudah menyiapkan satu artikel tentang fenomena salji menurut sains. Terima kasih kepada sahabat maya saya saudara Khairusy Syakirin Has-Yun yang suatu ketika dahulu pernah menyarankan saya menulis tentang ini.p/s/s: Sedang berkira-kira juga ke mana mahu menghantar artikel ini selain MajalahSains.Com =).

2 comments:
Assalamualaikum Sdr Faizal,
Syabas kerana memberi tulisan yang bermanfaat dengan pelbagai pengetahuan.
Post a Comment