Seorang blogger yang berada di Waseda University, Jepun menulis dalam blognya tentang kewujudan buku-buku Melayu Malaysia dan Indonesia yang agak banyak di perpustakaan universiti tersohor tersebut. Antara yang menarik ialah buku-buku lama karangan Prof Hamka, Shahnon Ahmad, A Samad Said dan sebagainya. Saya teruja dengan satu buku karangan Buya Hamka berjudul Kenang-Kenangan Hidup. Buku ini sudah lama saya baca, kira-kira 10 tahun lalu di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memiliki buku ini kerana sedar, ia 'barang' lama. Entah bagaimana mahu memilikinya pun saya kurang pasti. Namun dengan bantuan 'Lebai Google' (meminjam istilah Hishamudin Rais), rupanya Pustaka Dini di Malaysia, sudah mencetak edisi terkini buku tersebut. Ah, hati ini berbunga kembali untuk memegang dan membelek 'Kenang-kenangan Hidup, buah tangan Prof Hamka.
p/s. insyaallah dalam masa tidak kurang dari dua bulan, buku tersebut akan terbang jauh dari Malaysia ke Montreal, Kanada melalui Pos Malaysia.
3 comments:
alhamdullillah buku selamat sampai.... Harap tuanpun selamat tiba di sana bersama2 buku tersayang. Jika kesepian, singgahlah my blog sentiasa.mana tau ada buku terkini yg mencuit hati...
Selamat merantau di tempat orang
Salam Faizal,
Terima kasih menulis tentang saya di blog ini. :)
Syukurlah bertemu dan dapat apa yang dihajati.Buku yang saya baca ini dah hampir hancur, rapuh seperti keropok! Takut-takut saya nak selak mukasuratnya.
Terima kasih atas kunjungan
Post a Comment