8/20/09

Tentang MajalahSains.Com

Terasa ingin menguar-uarkan projek terbaru. Sekarang saya dan seorang sahabat telah mewujudkan satu laman khas yang dikenali sebagai MajalahSains.Com dan bertindak sebagai editor manakala sahabat saya bertanggungjawab menguruskan hal ehwal teknikal. Secara rasmi, ia telah dilancarkan pada hari Selasa bersamaan 16 Jun 2009.

Laman ini diwujudkan untuk memuatkan rencana-rencana sains dan teknologi atas kesedaran bahawa masih terlalu banyak lompang yang perlu diisi untuk memupuk budaya saintifik dan budaya membaca di kalangan kita. Rencana-rencana tersebut merupakan koleksi yang ditulis oleh saya sendiri dan juga sumbangan penulis-penulis sains lain yang ikhlas dalam memperjuangkan sains untuk masyarakat Malaysia mengikut kemampuan diri masing-masing. Sehingga kini sudah ada 34 artikel yang dimuatkan di MajalahSains.Com dan bertambah dari semasa ke semasa insyaallah.

Berikut adalah beberapa komentar terpilih tentang kewujudan MajalahSains.Com

Assalamualaikum,
Saya berbangga dengan usaha keilmuan untuk masyarakat seperti yang sdr usahakan. Semoga berjaya dan diberikan ganjaran serta rahmat-Nya. Teruskan kerja yang mulus ini

Dato’ BahaZain



Tahniah. Saya pun suka membaca MajalahSains.com. Buatlah yang baru untuk bahasa dan bangsamu.
Lebih-lebih lagi apabila seluruh bangsamu sudah mula lupa.

Prof Emeritus Abdullah Hassan



I am very busy but taking time to write to you as i applaud what you are doing.
I like what you are doing as this is what i have been pushing for.
We need to engage more of academics , Professors in what i call Communication of science to The Public. Personally i think, very few are interested in this

Prof. Datin Farida Shah (Molecular Biology, UTAR )


2 comments:

cikgusaiful said...

terima kasih kepada saudara yang selalu menyumbangkan artikel mengenai nanoteknologi dalam majalah kosmik..akhirnya saya mengenali saudara...dan tahniah juga kerana menghasilkan majalahsains.com/. Semoga perjuangan saudara akan diteruskan sampai bila-bila untuk mendidik anak bangsa mencintai budaya sains...

Faizal said...

Terima kasih atas kunjungan cikgu..semoga mendapat manfaat