www.majalahsains.com

5/24/08

Santapan Minda

Kulit depan Majalah TIME bulan Mei menggambarkan 2 jasad saling berpegangan tangan yang memberikan erti sangat besar. Dengan tajuk besarnya "Heartbreak in China", gambar tersebut bolehlah ditafsirkan sebagai "persimpangan antara HIDUP dan MATI". Gambar itu dirakam oleh wartawan saat melihat mangsa sesudah gempa bumi berukuran 7.2 Richter di Sichuan China yang mengorbankan lebih 40, 000 nyawa. Kadang-kadang terlintas di kepala yang menerawang jauh bahawa "alam begitu kejam terhadap manusia" tanpa memikirkan natijah yang berlaku di sebaliknya.

Saya juga baru sahaja selesai membaca sebuah buku baru yang dibeli di KLIBF08 baru-baru ini. Buku tersebut merupakan antologi artikel yang termuat di dalam Majalah Dewan Budaya terbitan DBP hasil tulisan Profesor Shamsul Amri Baharuddin. Buku setebal 360 mukasurat ini mempunyai 58 rencana tulisan beliau dengan pelbagai topik yang merangkumi pelbagai aspek kebudayaan dan antropologi yang melingkari kehidupan rakyat di bumi Malaysia. Buku yang berjudul Budaya yang Tercabar ini sarat dengan wacana kritis yang disampaikan secara santai oleh penulisnya yang sememangnya terkenal dengan kepetahan berhujah dan menyampaikan sesuatu isu. Antara tajuk-tajuk menarik di dalamnya ialah

1. Apa Salah Universiti?
2. Minda Kolonial Meracun Masyarakat
3.Rumah Terbuka, Minda Tertutup
4. Revolusi Mental
5.Orang Melayu, UMNO dan Legasi Tun Dr Mahathir.

2 comments:

azlishukri said...

Tidak dinafikan budaya Melayu makin tercabar dan dicabar, adalah menjadi tanggungjawab kita memelihara dan bersuara, tiada jalan lain melainkan melalui perjuangan yang ikhlas dan bermaruah. Teruskan perjuangan saudara.

Mohd Faizal said...

Saudara Azli..
Terima kasih kerana meninggalkan jejak..sama-samalah kita berjuang