6/3/08

Bila pulang ke kampung #1

Satu tabiat lama yang saya suka lakukan bila pulang bercuti di Besut ialah menyelongkar buku-buku dan majalah lama. Ada yang dibeli sendiri, majalah-majalah yang dibeli oleh abangdan kakak serta majalah-majalah lama bertulisan jawi serta rumi ejaan bahasa melayu lama yang masih disimpan. Tidak semuanya masih ada. Sebilangan sudah hilang entah ke mana.Penulis tertarik dengan majalah Dewan Masyarakat yang diterbitkan pada tahun 1988 yang dibeli oleh Abang Long. Di kulit depan tertera petikan ucapan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan. Antara lain beliau menyebut”

“Saya sangat bimbang apabila melihat masyarakat kita yang tidak ada tradisi membaca, yang tidak membaca,samada buku lama atau baru, boleh berasa tenang dan gembira,sedangkan orang lain yang jauh lebih maju daripada kita, yang tidak ada masalah tradisi membaca seperti di Amerika, Peranchis, Jerman dan negara-negara lain kini mula mempersoalkan rakyat mereka kerana tidak mahu membaca buku-buku yang penting dan utama dan mengikat diri mereka dengan sejarah, dalam usaha untuk membebaskan diri daripada tekanan dan kepalsuan hidup ini.

Jikalau benar kita ini berfikir, dan jikalau benar kita ini cendekiawan,sepatutnya kita berasa resah dan bimbang dengan suasana ini. Kita mesti mempunyai cita-cita dan idealisme untuk membetulkan kelemahan-kelemahan itu. Kita harus memaksa diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita meneruskan perjuangan untuk membawa perubahan dengan mempertahankan tradisi ilmu ini”…..

-ANWAR IBRAHIM

(Bekas Menteri Pendidikan, 1988).

Di dalam majalah dimuatkan ucapan penuh beliau berjudul “Tradisi Ilmu” di Pameran Buku Pengajian Tinggi pada bulan Disember 1987.

P/s: Sekarang sudah nampak kecenderungan masyarakat kita membaca dan memiliki buku. Contohnya pada KLIBF08 baru-baru ini mencatatkan bilangan melebihi 3.2 juta pengunjung. Bagi mereka yang masih belum mempunyai kesedaran membaca, masih belum terlambat untuk berbuat demikian.


2 comments:

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Tuan ada koleksi yang mahal nilainya baik sudut ilmu dan wang. Bak kata Pak Samad, buku lama ada nilainya...,

Faizal a.k.a Mundarmandir said...

Terima kasih Tuan Zamri kerana singgah..saya kagum dengan harta intelek tuan yang semakin lama semakin bertambah..sungguh mengujakan!Terbaru buku Rahsia Bisnes Mamak!..Tahniah!Teruskan menulis