4/29/08

Dua artikel terbaru

1. Rencana terbaru di Dewan Kosmik Mei. Lihat di SINI

2. Penat saya memikirkan bagaimana untuk menulis sebuah rencana mengenai binaan dan struktur mega seperti yang dikehendaki oleh editor untuk dimuatkan dalam sisipan Estidotmy bulan April. Pengetahuan saya mengenai perkara ini hampir 'zero' sehinggalah teringat sebuah buku yang pernah dibeli satu masa dahulu yang berjudul "Teori Senibina Frank Lloyd Wright'.
Dengan bantuan buku ini serta pencarian di internet terhasillah sebuah rencana 'Evolusi Bangunan Pencakar Langit' di dalam Estidotmy April. Boleh dilihat di satu lagi blog saya.

1 comment:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Tahniah!! Teruskan menulis, dan pakatan keilmuan perlu diteruskan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu.