4/28/08

Hadiah Hari Lahir



( Tuan Mufti, Dr.MAZA, Prof.Madya Dr. Farouk Musa ..Pengerusi Profesional Muslim Forum, dan Tukang Catat)

Sabtu lepas 26 April 2008 telah dilancarkan suatu pertubuhan NGO As-Sunnah yang yang dikenali Idtibai' As-Sunnah ( seterusnya menubuhkan Institut Al-Mizan)peringkat Negeri Sembilan di Kuala Pilah. Yang menariknya, perasmian dilancarkan oleh Sohibus Samahah Dr.Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Pelancaran dihadiri oleh ratusan ahli dari seluruh pelosok negara termasuk pendokong-pendokong gerakan Sunnah dari Singapura ( Pertubuhan Muhammadiah), cucunda almarhum pelopor gerakan Islam di Indonesia, Hassan Bandung ( lupa namanya), Pertubuhan An-Nida' Kuala Lumpur, Profesional Muslim Forum dan warga Negeri Sembilan.

Gerakan mengembalikan ajaran islam kepada al-quran dan sunah sudah bermula sejak ratusan tahun lampau yang digerakkan oleh Ibnu Taimiyah dan ulama' yang lain untuk membersihkan Islam dari segala kekotoran khurafat dan syirik. Antara penyebab umat islam dan negara-negara islam lemah dan terus lemah ialah tidak kembali kepada ajaran sebenar islam yang disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad.
(inilah antara intipati ucapan ringkas beliau yang kemudiannya di ulas secara mendalam dalam akhbar Mingguan Malaysia keesokan hari di bawah kolum Pena Mufti)

Tukang catat merasa terpanggil untuk menghadiri majlis ilmu tersebut. Apatah lagi ia dirasmikan oleh Mufti Perlis yang tersohor itu. Tambahan pula, tempat perasmian hanya beberapa KM sahaja dari rumah. Banyak persoalan yang berselirat dalam minda terjawab dalam sesi soal jawab bersama beliau. Penulis juga sempat bertanyakan satu dua soalan. Alhamdulillah!
Niat untuk berjumpa dengan Mufti Perlis dikabulkan Tuhan.

Oh ya, 26 April juga ulang tahun kelahiran penulis yang ke-29. Inilah hadiah ulangtahun yang paling bermakna sepanjang 29 tahun hidup mundar mandir di dunia ini..Alhamdulillah!!

4 comments:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Tidak terlewat untuk ucapkan selamat menyambut hari ulangtahun saudara. Semoga dipanjangkan umur, dan ilmu yang saudara miliki akan terus dicurahkan kepada masyarakat.

faizal said...

Terima kasih

Jiwa Rasa said...

Selamat ulang tahun kelahiran.Moga tercapai segala hajat dan impian.

Kalau tak salah Ittiba' As Sunnah sudah ada lamq semenjak sqya kecil lagi. Pelopornya Ustaz Hashima Gani. Kalau saya tak salah.

Muhammad Azli Shukri said...

Hormat saya kepada golongan salafiyah seperti Dr Asri ini