12/24/08

Menilai dengan akal

Sebulan dua yang lalu, berita-berita heboh menyiarkan kisah Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia yang disaman Teresa Kok berkenaan dengan isu cerpen Politik Baru YB.J. Bukan main-main nilai saman yang dituntut..RM30 juta!!

Belakangan ini isu puisi Dr Maza yang dinyanyikan oleh Kopratasa berjudul 'Aku Bukan Musuh Harta' bagi menegur mereka-mereka yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan wang haram. Lantas ia diharamkan disiarkan di RTM atas alasan liriknya terlalu kasar dan tidak sesuai. Di sini saya turunkan semula puisi berkenaan yang telah digubah dalam bentuk lagu..

Betapa pena yang tajam dapat menikam hati-hati mereka yang keras dan buta seni

Puisi dipetik dari laman web Dr Maza

2 comments:

najibah said...

Saya dapat rasakan betapa ia menikam jantung dan hati mereka yang terlibat. Tahniah untuk para penggiat seni yang seberani ini. Ini barulah sebenar-benar matlamat seni bagi saya, selain menghiburkan, ia perlu menyedarkan.

Faizal said...

Bagus kalau mereka masih sedar..tanda hati mereka belum mati