Hidup adalah suatu perjalanan mundar mandir di dunia ini sebelum kita dijemput pulang oleh 'Dia' ke 'sana' entah esok, lusa atau sebentar lagi.
9/23/08
Kita Anak Malaysia
Saya membaca sebuah blog seorang warganegara Malaysia berbangsa cina yang menulis kesedihan beliau tentang tuduhan liar yang dilemparkan kepada kaum cina terutamanya di Malaysia seperti bangsa pendatang, warga tidak berterima kasih, bangsa syaitan yang tidak boleh mendengar azan dan menyuruh pulang ke Tanah Besar Cina. Lebih berat lagi tuduhan ini bukanlah dilakukan oleh penagih dadah, mat rempit, pelacur, pengangkang dan pengemis tetapi diluahkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh. Apa reaksi kita sebagai warganegara yang waras dan boleh berfikir secara sihat. Saya tidak lihat perkara sebegini sebagai sesuatu yang sihat dan boleh dibiarkan berlarutan. Kita sedia maklum bahawa Malaysia tercinta sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang unik dan telah termaktub kemas di dalam perlembagaan. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Siam dan lain-lain adalah anak Malaysia dan anak semua bangsa. Tidak perlu kita bertelagah tentang isu-isu hak ketuanan melayu dan sebagainya. Terlalu sempit hidup ini kalau hanya difokuskan tentang perkara tersebut.Kita anak semua bangsa. Seharusnya kita berbaik sangka antara satu sama lain. Janganlah disebabkan pembacaan akhbar kita yang sempit dan terpengaruh dengan paparan berita TV yang belum tentu tepat kita sudah melenting tak bertempat lantas menuduh orang itu begitu dan begini.
Kita sedar sebagai kaum melayu, kita masih ketinggalan dalam ekonomi, pendidikan dan alam pemikiran yang matang. Jadi apa yang perlu kita buat. Belajarlah dengan mereka yang sudah di hadapan. Janganlah bodoh sombong! Jangan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, pentingkan diri sendiri! Buang jauh-jauh hasad dengki. Ini tidak, lihat sahaja melayu yang berjaya, macam-macam tuduhan dilemparkan. Ada sahaja bangsa melayu meningkat naik, rasuah lah tuh, bodek la tuh, dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan pendidikan. Kalau senior bangsa lain sibuk membahagi-bahagikan nota untuk freshies, bangsa kita sibuk me’raging junior melalak pada waktu dinihari atas alasan orientasi pelajar baru. Siapa yang salah?
Berbalik kepada persoalan asas sebagai warganegara Malaysia, kita perlu bersaing secara waras dan sihat dalam segenap lapangan. Paradigma dan pola berfikir cara baru bangsa kita kalau ingin terkehadapan, mestilah dimulakan dengan membuang sifat-sifat negatif yang sejak zaman-berzaman menghantui kita. Hapuskan pemikiran ‘inferior’ berdasarkan kefahaman kaum dan bangsa yang sempit. Kita anak semua bangsa. Bangsa Malaysia! Tidak ada hak ketuanan Melayu. Yang ada hak ketuanan Islam! Dan islam itu bukan milik melayu sahaja! Cina, India, Murut, Iban, Kadazan dan bangsa siam juga ramai yang beragama islam dan kadang-kadang lebih baik dari islam kaum melayu !
Melbourne (atau khususnya Australia) juga merupakan negara pelbagai kaum. Walaupun persepsi saya sebelum ke sini, Australia mengamalkan diskriminasi kaum, tetapi apabila di Melbourne (terutamanya apabila melawat Immigration Museum), saya dapati semuanya ini salah. Mereka dapat hidup damai dengan pelbagai kaum, malah lebih terbuka berbanding Malaysia. Malaysia yang selama ini kita bangga dengan kehidupan majmuknya, perlu terus hidup dengan kemajmukannya itu. Kita perlu terus berbangga kerana juga dapat membina Malaysia di atas nama semua kaum yang berbakti.
Saling hormat antara kaum merupakan kunci keharmonian dalam masyarakat majmuk. Persepsi saya juga berubah bila datang ke sini..saya kira pandagan sinis terhadap bangsa lain di mana-mana dunia kini sudah hampir pupus..semua bangsa adalah sama..
kita boleh lebih toleransi dan liberal.. tapi hati2..rambut sama hitam hati lain2.. sejarah malaysia, kanada, australia tak sama... British telah letak org melayu jauh di belakang... mundur... kita baru nak bertapak .. mesti ada bantuan.. perlu ada dasar ekonomi pro-melayu tetapi mesti terpimpin.walaubagaimanapun, tuan syed (b.bendera) tak patut mengucapkan rasis secara terbuka..
to K.A.M.K.. ya betul..kita memang selalu kena berhati-hati..soal ini juga merujuk kepada tajuk blog saudara 'The things we think and do not say. Kita kena sentiasa waras dan kritikal bercakap tentang soal ini.. buang jauh-jauh prejudis perkauman. Hidupkan budaya tolong-menolong sesama bangsa..Sekali lagi banyak benda dalam hidup ini perlu 'The things we think and do not say'..Jangan sembrono sahaja! Perlu kritis dan kreatif!..
4 comments:
Melbourne (atau khususnya Australia) juga merupakan negara pelbagai kaum. Walaupun persepsi saya sebelum ke sini, Australia mengamalkan diskriminasi kaum, tetapi apabila di Melbourne (terutamanya apabila melawat Immigration Museum), saya dapati semuanya ini salah. Mereka dapat hidup damai dengan pelbagai kaum, malah lebih terbuka berbanding Malaysia. Malaysia yang selama ini kita bangga dengan kehidupan majmuknya, perlu terus hidup dengan kemajmukannya itu. Kita perlu terus berbangga kerana juga dapat membina Malaysia di atas nama semua kaum yang berbakti.
Saling hormat antara kaum merupakan kunci keharmonian dalam masyarakat majmuk. Persepsi saya juga berubah bila datang ke sini..saya kira pandagan sinis terhadap bangsa lain di mana-mana dunia kini sudah hampir pupus..semua bangsa adalah sama..
saudara faizal,
kita boleh lebih toleransi dan liberal.. tapi hati2..rambut sama hitam hati lain2.. sejarah malaysia, kanada, australia tak sama... British telah letak org melayu jauh di belakang... mundur... kita baru nak bertapak .. mesti ada bantuan.. perlu ada dasar ekonomi pro-melayu tetapi mesti terpimpin.walaubagaimanapun, tuan syed (b.bendera) tak patut mengucapkan rasis secara terbuka..
K.A.M.K
Manchester, Eng.
to K.A.M.K..
ya betul..kita memang selalu kena berhati-hati..soal ini juga merujuk kepada tajuk blog saudara 'The things we think and do not say. Kita kena sentiasa waras dan kritikal bercakap tentang soal ini.. buang jauh-jauh prejudis perkauman. Hidupkan budaya tolong-menolong sesama bangsa..Sekali lagi banyak benda dalam hidup ini perlu 'The things we think and do not say'..Jangan sembrono sahaja! Perlu kritis dan kreatif!..
Selamat datang ke blog mundar mandir
Post a Comment