www.majalahsains.com

1/4/11

Buah Delima pula...

Kalau sebelum ni cerita buah Pisang Kaki, kali ni kita sembang pasal buah delima :-)

Saya tidak tahu khasiat buah delima secara saintifik. Sewaktu di kampung dahulu, ayah saya ada menanam dua batang pokok delima dan sempat juga kami merasai buahnya.
Sekarang sudah tiada lagi.
Menurut orang kampung, air akar delima yang direbus baik untuk mereka yang mengalami cirit birit. Itu sahaja yang saya tahu. Datang ke Montreal, di kedai-kedai banyak pula terjumpa buah ini. Besar dan segar!. Saya semak di internet, rupanya ada juga disebut dalam Al-Quran. Buah delima juga banyak dikaitkan dengan kepercayaan agama-agama lain seperti Buddha, Hindu, Yahudi dan Kristian. 

Baca di blog INI tentang khasiat buah delima

Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima memang unik dan sedap. Untuk mereka yang berkesempatan, rasalah nikmat yang dikurniakan Allah di atas muka bumi ini. Memang ajaib ciptaan Tuhan.







2 comments:

jusdelima said...

nikmati gaya hidup sihat bsma JUS DELIMA pomepure.100% asli.sila layari http://ajih83.pomepureasia.com @ hubungi aziz 0199311274.atau blog sy http://jusdelima83.blogspot.com

Anonymous said...

baru jek tengok dalam MARTHA SHOW pasal buah delima ni.nak keluarkan semua biji delima ni just ketuk di belakang kulit buah delima tur setelah dibelah.buah delima ni baik untuk lelaki...cegah dari kanser prostat,

Ain