1/10/11

Jangan Bakar Novel Interlok


Saya tidak pernah membaca novel Sasterawan Negara Abdullah Hussin yang begitu kecoh di Malaysia sekarang ini akibat ada perkataan 'paria' di dalamnya. Novel ini ditulis lebih 40 tahun yang lalu dan dilaporkan sarat dengan nilai-nilai sejarah Tanah Melayu.
Novel ini khabarnya diangkat menjadi teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar jurusan sastera. Ia menjadi hangat bila sekumpulan bangsa India yang marah dan membakar novel ini baru-baru ini.

Hati saya menjadi panas menggelegak bila membaca berita buku dibakar. Setahu saya budaya membakar buku ini hanya dilakukan oleh penyamun atau penjenayah di zaman Nazi, dan tentera Monggol yang menyerang Baghdad suatu masa dahulu.

Buku yang baik tidak perlu dibakar. Kalau terlalu gian, bakar sahajalah buku-buku separa lucah seperti Majalah Mangga, URTV, dan lain-lain yang bersepah di pasaran sekarang, bukan novel INTERLOK karya Sasterawan Negara.

Kita ingin mengingatkan perkara ini supaya api perkauman tidak tumbuh subur di Malaysia. Kita juga bimbang Tragedi Kampung Medan akan muncul kembali.

Diharap pihak berkuatkuasa cepat bertindak meredakan keadaan. Untuk ahli politik yang bodoh, isu ini bukan untuk anda. Sila beredar!

4 comments:

Juliana said...

Kalau terlalu gian, bakar sahajalah buku-buku separa lucah seperti Majalah Mangga, URTV, dan lain-lain yang bersepah di pasaran sekarang, bukan novel INTERLOK karya Sasterawan Negara.

SETUJU!

azam said...

xyah ubah, xyah tarik balik, xyah tunduk paria

Afzan TM said...

Setuju....

Anonymous said...

Kalaulah orang lain menulis mengenai adat resam dan budaya kita tanpa pemahaman lanjut... adakah kita akan memenangkan mereka... ?? Kenapa perlu ego dalam hal ini... Kebebasan bersuara bukan untuk menafikan hak orang lain...