www.majalahsains.com

12/13/10

Enaknya Pisang Kaki

1. Menarik berada di negara empat musim ialah kepelbagaian buah-buahan dan sayuran segar yang boleh diperolehi sepanjang masa di mana-mana sahaja. Di Malaysia, kita berbangga kerana memiliki tanah tinggi Cameron Highlands yang merupakan sumber utama bekalan sayuran segar untuk pasaran tempatan selain yang diimport.

2. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mencuba buah Pisang Kaki (Persimmon). Selama 3 tahun berada di sini, baru tahun ini (2010) saya tergerak hati mahu mencuba buah yang seakan-akan buah asam gelugur atau tomato. (Di pasar Pekan Kuala Pilah, buah asam gelugur banyak dijual).

4.Terus terang inilah pertama kali saya jumpa buah ini. Namanya pun pelik. Sebelum beli, saya tilik namanya tertulis persimmon.Balik ke rumah, dengan bantuan google nama Pisang Kaki ditemui dalam laman web Dr Mahathir.


Petikan blog Che Det,

Apabila saya katakan yang Israel menguasai dunia secara proksi, media dan Kerajaan Amerika mengutuk saya. Tetapi hakikatnya ialah hanya calon yang direstui Israel sahaja yang boleh menang pilihanraya di Amerika. Tunggu sahajalah pendirian Presiden baru Amerika.
Sementara itu kita harus sedar secara kecil-kecilan kita juga bantu Israel. Buah pisang kaki (persimmon) dari Israel ada dijual di pasaraya Kuala Lumpur.

Singapura adalah saluran bagi Israel menembusi pasaran Malaysia.



5.Buah pisang kaki rasanya sangat enak dan tidak terlalu manis. Tidak berbau dan yang belum masak kelat rasanya. Sukar untuk saya ceritakan keenakannya melalui tulisan. Melalui eksperesi wajah, boleh kot :-). Menurut sumber dari laman web, ia sangat baik untuk kesihatan. (sebenarnya apa sahaja buah-buahan segar, ia sangat baik untuk kesihatan).

Lebih menarik, baru-baru ini di facebook seorang pensyarah UKM berkongsi satu 'link' bagaimana untuk menanam pisang kaki.


6.Puan Ainon (Pengerus PTS), juga menulis tentang keenakan Pisang Kaki. Saya mula memasang angan-angan untuk menanam beberapa batang pokok Pisang Kaki ini bila pulang ke Malaysia nanti.  :-)








  
p/s : khabarnya buah Pisang Kaki jenama Sharon (dari Israel) banyak dijual sekitar pasaraya di Kuala Lumpur

5 comments:

madeeaziz said...

serupo buoh cupu jah..

mkriza said...

Semalam baru beli buah pisang kaki di pasar malam. Sebenarnya dah tahu lama tentang kaitan buah ini dan israel. dengarnya buah ini dibungkus semula di Singapura dan dieksport ke Malaysia dengan jenama baru. Yalah.. tiba-tiba aje Singapura eksport buah. D tanah mana kebunnya?

Anonymous said...

selalu tgk dah dikeringkan...selalu masuk dengan gula batu...bagus tuk ubati batuk en faizal

ain

Wan Anie said...

memang banyak pun dijual sekarang ni.... baru kenal jer buah pisang kaki ni... tapi tak pernah cuba makan pun.

Unknown said...

salam...
nak tanya pasaraya sekitar KL tu pasaraya ape ea?? sy masih xjumpa pisang kaki PJ...boleh tolong bagitahu tempat yg specific x yang jual pisang nih