www.majalahsains.com

12/10/10

Hah!..Bukan Bulan Muharram??

Saya agak terkejut bila membaca tulisan terbaru Dr. Asri atau atau Dr. Maza (panggilan glamor beliau) tentang bulan bulan Hijrahnya Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam tulisan tersebut, beliau menegaskan Muharram bukanlah bulan Rasul Junjungan kita Muhammad S.A.W berhijrah. Malah banyak pendapat yang diutarakan beliau dalam menjelaskan kekeliruan tersebut.

Selama ini kita difahamkan Muharram adalah bulan Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah. Malah lagu-lagu tentang hijrah sering dikumandangkan saban hari pada bulan Muharram.
Antara bait-bait lirik lagu hijrah tersebut ialah,

Satu Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Mekah ke Kota Madinah.

Ustaz-ustaz di sekolah juga mengajar kita tentang tarikh penting ini. Entah berapa juta murid (termasuk Tukang Catat) yang mendengar ajaran guru yakin dengan tarikh peristiwa bersejarah ini.

Maklumlah, bukan semua orang gemar membaca sejarah.

Jadi dengan tulisan terbaru Dr. MAZA ini, moga dapat kiranya ia membuka mata semua pihak termasuk para autoriti (badan bertanggungjawab) hal ehwal agama Islam di Malaysia khususnya, supaya lebih berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu maklumat.

Alhamdulilah, zaman ini zaman internet. Semua maklumat terbaru boleh didapati di hujung jari sahaja.

Kita juga patut berterima kasih kepada Dr Asri walaupun ramai yang menuduhnya WAHABI, sesat, pembawa tajdid karut dan sebagainya. Mudah-mudahan dakwah beliau sampai kepada orang ramai.

Ini pun dijangka akan ada golongan yang menentang maklumat yang disampaikan oleh Dr Asri. Kita tunggu dan lihat.

Sumber dari lama web Dr. MAZA

p/s : Salam Tahun Baru 1432 Bulan Islam

2 comments:

Wan Anie said...

dulu masa sekolah saya pun ingat begitu... sebenarnya kita yg salah fahaman

waktu Rasul berpindah belum ada kalendar hijrah, jadi belum ada bulan Muharran pun. Kalendar hijrah bermula di zaman Saiyidina Umar jika tak silap.

Mohd Faizal said...

Rasanya ustaz/ustazah pun ramai yang percaya Muharram bulan nabi hijrah.

Cuba tengok lagu Hijrah, liriknya.