www.majalahsains.com

6/1/10

Kita 'Wajar' Malah 'Wajib' Marah

Memang perasaan meluap-luap dengan api kemarahan apabila mendapat khabar berita terbaru dari perairan antarabangsa di Turki apabila armada Mavi Marmarra yang menganggotai misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza, bertumbuk dengan komando IDF-rejim haram Israel.

Berita melaporkan 19 maut dan selebihnya ramai yang cedera parah. Lebih menyedihkan apabila konvoi kapal laut tersebut disertai juga oleh sukarelawan Malaysia yang sangat berani. Hati tersentuh seketika apabila melihat Jalur Gemilang berkibaran di dek kapal Mavi Marmarra melalui paparan melalui kaca televisyen Canada di hampir semua saluran berita. Kebetulan pula syaitan Benjamin Netanyahu sedang berada di sini, dalam rangka lawatan ke Kanada dan US. Kemudian memutuskan untuk membatalkan kunjungannya ke White House dan kembali ke Asia Barat bermesyuarat mencari alasan untuk menipu dunia. Semua ini membuatkan jiwa gementar geram, pedih, membuak-buak dengan ketidakadilan yang berlaku pada umat Islam.


Banyak komentar dan status di blog serta facebook menzahirkan amarah ini. Dan hanya itulah yang terdaya oleh kita setakat ini. Tidak terkecuali Si Tukang Catat. Kepada yang turun berdemonstrasi, silakan.

Amarah umat Islam terhadap ketidakadilan dunia antarabangsa terhadap isu Palestine ini telah lama tercetus sejak Israel diwujudkan secara tipu muslihat pada tahun 1948. Lebih 60 tahun. Bayangkan selama 62 tahun ini, kita sebagai umat yang paling ramai menghuni planet bumi (1.57 bilion), tidak mampu berbuat apa-apa apabila rejim Zionis yang hanya berjumlah 7 juta orang merobek dada-dada bersih pemuda-pemudi Palestin dan merampas tanah air mereka.

Gelombang kebangkitan umat Islam terus dizahirkan apabila setiap kali pertumpahan darah berlaku di sana melalui siri-siri demonstrasi, bantahan dan kutukan. Hasilnya tidak lah begitu ketara, malah setiap saat, seinci demi seinci bekas kiblat pertama umat Islam dirampas secara tidak bertamadun.

Di sebalik kemarahan dan bantahan ini, marilah kita bertanyakan diri, meredakan gelodak jiwa yang panas dengan pertanyaan : -

1. Faham kah kita mengapa Zionis-Israel ini wajib di tentang ?

2. Bilakah masalah ini akan dapat diselesaikan ?

3.Bagaimana sejarah kelahiran negara Israel?

4. Adalah semua bangsa Yahudi jahat ?

5.Apalah perbezaan Yahudi dan Zionis serta hubunganya dengan Israel?

6. Apakah tanggungjawab kita terhadap pemimpin yang tunduk kepada Zionis ?


Saya berkeyakinan, ramai yang sudah tahu akan jawapan kepada persoalan di atas dan langkah-langkah yang wajar di ambil. Namun persoalan BESAR yang perlu ditanya kepada pemimpin Islam ialah BILA LAGI MAHU BERTINDAK ?

Untuk rakyat dan masyarakat yang prihatin, marilah kita bereaksi secara terpelajar melihat isu ini. Baca, kaji dan fikir di mana kita boleh menyumbang. Isu ini tidak akan selesai dengan hanya berdemonstrasi. Ingat, Palestin adalah tanggungjawab umat Islam! Akan dituntut dan ditanya oleh Tuhan di akhirat kelak kalau kita mengabaikannya.

~faizal~
Verdun

6 comments:

Anonymous said...

Mungkin kita kena sedar kepentingan MEMBOIKOT barangan menyokong ISRAEL sebagai salah satu langkah wajib yg harus dilaksanakan...selain doa

Mohd Faizal said...

Boikot memang senang diungkap, tapi payah dilaksanakan tanpa penyertaan pihak kerajaan. Senjata boikot akan berkesan sekiranya kerajaan turut bersama-sama menyokong usaha ke arah tersebut misalnya dengan menghentikan import barangan buatan mereka, atau menutup operasi entiti perniagaan Yahudi dalam negara seperti TESCO, ISETAN, Starbucks dan sbgainya. Tanpa kerajaan, boikot hanya menjadi ungkapan, tanpa pelaksanaan.

Rakyat boleh mengasak kerajaan untuk tujuan tersebut.

p/s..Sila tulis nama sebenar untuk komen, jgn jadi anonymous.

ahz said...

na tak setuju dengan pandangan en Faizal, kita ramai...dan apa yang na yakin...jika semua umat Islam di Malaysia bersatu...memang ada kesan ke atas barangan menyokong YAHUDI...sekarang, sejauh mana kesedaran kita?...masih bermegah menampal stiker mcdonald di kereta...contohnya....cuma kita kena beristiqamah dalam usaha ni.Tapi kalu barangan keperluan, tak ada penggantinya..itu kisah lain...

maaf, dah biasa guna annonymous..heheh

Mohd Faizal said...

ahz..

Boleh sahaja tidak bersetuju. Ini cuma pandangan saya.
Saya berfikiran begitu kerana analoginya sangat mudah.

cth: Umat islam ramai yang membenci pelacuran, judi dan sebagainya. Tapi tiada usaha bersepadu dari kerajaan untuk menghentikannya. Malah diberi lesen pula. Maka dapatlah kita lihat gejala moral ini seakan-akan tidak berkesudahan, bahkan semakin teruk.

Dalam kes Israel-Yahudi, umat islam marah, boikot dan sebagainya. Tapi kerajaan terus memberi lesen untuk TESCO, Starbuck, McD, Mark & Spencer dll beroperasi dengan megahnya di bumi Malaysia. Padahal kita tidak memerlukan sangat produk-produk dari mereka. Kita mempunyai banyak alternatif lain.

Jadi disitulah peranan kerajaan dalam usaha boikot. Di samping gelombang kebangkitan umat.

just my 2 cent

NaUPM/ahz said...

Tergezut dengan teguran en Faizal...ter"terbit" nama baru..hehe

Dalam hal yang en Faizal katakan...boleh disamakan juga dengan kewujudan pusat2 hiburan...kita tidak perlukan...tapi ia ada...cuma kita diberi pilihan sama ada NAK PERGI atau TAK NAK PERGI..Sekali lagi KESEDARAN itu penting.

Na ada terbaca, sama ada betul atau tidak pandangan ni, Allahu'alam..tapi na akui nya...:
kita negara kecil...untuk menyekat orang luar untuk membuat pelaburan di negara kita, itu merugikan ekonomi kita....

Mohd Faizal said...

Orang yang beranggapan bahawa 'negara kecil dan banyak bergantung dengan pelaburan dari barat untuk terus survive adalah mereka yang mindanya sudah terjerat. Ulamak memberi istilah minda terjajah sebagai 'ghazwul Fikr' kalau tidak salah saya.

Inilah sebenarnya yang diingini oleh barat. Selepas mereka memerdekakan negara yang dijajah secara fizikal, dalam diam-diam mereka menjajah fikiran pemimpin dan umat islam.

Inilah yang terjadi sekarang. Bukan sahaja negara kecil seperti Malaysia, bahkan negara besar seperti Arab Saudi dan sebahagian jazirah arab yang sumber hasil buminya yang melimpah ruah juga, melutut dengan penjajahan minda, ekonomi dan segalanya dari barat.

Inilah jihad yang diperlukan oleh umat islam, dan dituntut oleh agama.

Sekadar pendapat.