Idea Kementerian Pelajaran untuk mewajibkan syarat lulus untuk calon SPM saya kira sesuatu yang amat baik dengan syarat PPSMI dihapuskan. Sebelum ini hanya 3 matapelajaran wajib lulus yang disyaratkan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik (betulkan saya kalau silap).
Dengan mengenakan syarat wajib lulus BI, saya yakin pelajar dan guru akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan pembelajaran bahasa kedua ini di Malaysia. Saya masih ingat bagaimana guru bahasa melayu kami dahulu pada tahun 1995-96 (isteri ahli parlimen Kuala Terengganu) semasa di Smaasza dahulu iaitu Puan Wan Fatimah, mengajar kami dengan baik sekali bagaimana untuk menguasai Bahasa Melayu penulisan dan kefahaman. Beliau menggalakkan kami membaca buku-buku yang baik dan juga menyuruh kami membaca rencana-rencana utama akhbar perdana berbahasa Melayu disamping mengurangkan membaca ruangan berita semasa (kemalangan, gosip, hiburan dan sebagainya). Dengan cara begitu, sedikit sebanyak bahasa melayu dapat ditingkatkan. Percakapan seharian kami langsung tidak menggunakan bahasa melayu yang baik, kerana kami berasal dari ceruk kampung juga dan bahasa seharian hanyalah menggunakan dialek dan loghat tempatan.
Bahasa Inggeris juga sepatutnya begitu. Di sini saya kira tidak ada masalah bagi pelajar-pelajar luar bandar untuk menguasai bahasa inggeris kerana, jika didedahkan dengan bahan bacaan yang baik serta galakan berterusan dari guru-guru, insyaallah kualiti dan kefahaman bahasa kedua tersebut dapat ditingkatkan. Inilah yang sebenarnya dimahukan oleh Perdana Menteri ke-empat dahulu. Alasan untuk mewujudkan PPSMI untuk kecemerlangan sains dan teknologi hanyalah dongeng dan khayalan beliau yang tidak dapat dipertanggungjawabkan atas dasar apa sekalipun.
Oleh yang demikian, saya menyokong penuh idea Kementerian Pelajaran di bawah kepimpinan yang baru untuk mewajibkan calon SPM untuk LULUS Bahasa Inggeris, DENGAN SYARAT PPSMI DIHAPUSKAN SAMA SEKALI.
Cikgu Bahasa Melayu kami (Puan Wan Fatimah Wan Abdullah) bersama suaminya YBG. Haji Abdul Wahid Endut semasa membuang undi di K. Terengganu baru-baru ini.
4 comments:
Sokong juga
Kan lebih baik kalu dilakukan secara berperingkat2
mungkin boleh dikuatkuasakan untuk SPM bagi pelajar2 yang bermula dari TINGKATAN 1 @ darjah 6 ...baru adil...
Jadi cikgu2 dah boleh amik langkah2 awal...boleh mencegah kegagalan beramai2 terutama nya bangsa kita.....
Apa2 yang munasabah dan mendapat pandangan yang ahlinya serta dapat mengembalikan kekuatan bangsa dan negara, kita sokong!
pada pandangan saya semuanya bergantung kepada mentaliti org melayu.
ramai yg masih beranggapan bahasa inggeris adalah bahasa penjajah dan enggan mempelajarinya.
bahasa inggeris bukanlah bahasa yang mudah untuk dipelajari.
ia memerlukan latihan dan praktis yang secukupnya.
kalau setakat pergi sekolah baru yang belajar menggunakan bahasa inggeris, masyarakat malaysia xkan kemana.
semua golongan masyarakat memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah kegagalan dalam subjek bahasa inggeris.
bukan sahaja guru, malah ibubapa dan org sekeliling.
saya amat menyokong bahasa inggeris dijadikan subjek wajib lulus tapi bg saya masyarakat malaysia perlukan masa untuk mengubah mentaliti dan menyesuaikan diri mereka menggunakan bi, bkn sahaja di sekolah atau di tempat kerja, malah di rumah.
Post a Comment