1/29/08

Terkenang Pasar Buku di Chowrasta

3 tahun lalu, kebetulan ada urusan di Pulau Pinang. Singgah sebentar di Plaza Chowrasta Penang..Di sebalik longgokan bermacam-macam asam jeruk, terselit sebuah kedai buku ( baca: pasar buku) di sana. Sehari pun rasanya tidak mencukupi untuk menyelongkar buku-buku lama dan baru di sana. Masyaallah!
Bagaimana agaknya keadaan di sana sekarang ya?.

4 comments:

Anuar Manshor said...

Sedih pula apabila mendapat tahu Pay Less Book menutup dua cawangannya.

Faizal a.k.a Mundarmandir said...

Kedai buku 'Pay More' lebih berdaya saing :-)Kedai buku Times pun khabarnya akan menutup premis mereka di beberapa tempat menurut satu sumber..
Harapnya penerbit, pengedar dan penjual buku bumiputera terus mara ke hadapan dengan idea-idea baru.. DAWAMA juga perlu membuka cawangan baru..hehe

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Masya Allah, tergiur melihatkan buku-buku tu!!! balik kampung nanti kena singgah Pulau Pinang. Di tingkat 2 kan?

Faizal a.k.a Mundarmandir said...

Kalau tak silap saya di tingkat dua..hujung bahagian belakang..