Rencana dari Berita Harian 12/4/2007
Prof. Zaini Ujang dalam makalah beliau berjudul Kerjasama Industri-Akademia Galak Inovasi menggariskan 6 perkara yang menyebabkan hubungan R&D di IPT dan golongan industri di Malaysia "kurang cemerlang"...Antaranya ialah:-
1. Kewujudan institusi pengajian tinggi yang tidak berorientasikan keuntungan..tetapi terlalu menumpukan kepada pengajaran, penyelidikan dan khidmat kepakaran
2. R&D di IPT berorientasikan penerbitan, tidak seperti R&D di industri yang berorientasikan kerahsiaan
3. Hasil penyelidikan di IPT menumpukan kepada pembinaan dan penjanaan ilmu berbeza dengan industri yang tertumpu pada komersialisasi produk
4. Staf akademik berperanan dan dinilai dari aspek pengajaran, penyeliaan pelajar pasca siswazah, penyelidikan, perundingan dan penerbitan sedangkan penyelidik di industri sepenuh masa
5. Penyelidikan akademik lebih santai dan rileks berbanding industri
6. Pendidikan dalam konteks pengajian tinggi adalah untuk pembangunan modal insan holistik, bukan latihan profesional khusus seperti amalan industri..
Bagi tukang catat blog ini, model yang patut dijadikan contoh dalam menggalakkan hubungan erat R&D di IPT dan industri ialah dengan melihat kejayaan Stanford Universiti California...Bergantung pada tafsiran masing-masing!!!...
3 comments:
sinergi antara IPT dan industri penting agar membawa penyelidikan ke tahap yg lebih tinggi, bukan hanya terhenti dalam jurnal dan tesis sahaja.
salaam,
kayzen, tak juga.
kadang2 industri pula yang letak standard pada IPT. sesetengah standardnya pula kelihatan sangat rendah. kalau begitu, otak2 orang kampus masing2 akan jadi instrumentalisme; hanya tahu output, tidak tahu proses.
saya dan beberapa kawan2 sendiri jadi mangsa faham instrumentalisme. kami nak belajar fizik teori, tapi UKM memilih untuk menutup bidang ini. satu puncanya; bidang ini tak popular di kalangan industri.
akhir, kampus mengekor saja apa kehendak industri. soal korpus ilmu yang lebih luas diabaikan. saya memang menyayangkan hal ini. hubungan antara IPT & industri seharusnya megukuhkan ilmu, bukan jadi sebaliknya.
sayang!
Salam,
Kayzen
pendapat ini mungkin betul bagi golongan teknik/jurutera
Aqil Fitri,
Ya, senario mengekori industri amat ketara di Uni M'sia..berbeza jika
dibandingkan dengan S'pore & barat..
Saya berpendapat bahawa saintis (fundamental sciences)dan jurutera (technologist)
adalah dua bidang yang berbeza namun berkait rapat..
Bagi pencinta ilmu teori di M'sia, masih banyak masalah2 yang perlu di hadapi
Di UPM, Makmal Theoritical Study Lab (TSL) juga telah dibungkam dan dibenamkan..
Bekas ketua makmalnya yang bagi saya ialah seorang "pure theorist" boleh dilawati di blog beliau http://frequentseas.blogspot.com/..
Satu lagi masalah yg dihadapi oleh ahli teori ialah untuk mendapatkan dana dari kementerian..
Kita mesti menghasilkan beberapa orang Feynman di malaysia ini untuk membuka mata 'pemegang duit' geran.. :-)
Kata-kata berikut dipetik dari buku "handbook of modern sensor' boleh membantu membezakan kedua-dua (mungkin)
"when a scientis thinks of something, he asks --why?
When an engineer thinks of something, he asks --why not?
Post a Comment