www.majalahsains.com

9/15/06

Renungan Jumaat!


Jumaat lepas penulis berangkat ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam untuk menghadiri sanggar kerja anjuran tempat penulis ‘berkhidmat’. Selama 3 hari dengan aturcara yang padat dan fleksibel membincangkan perkara yang berkaitan organisasi dan hala tuju untuk meningkatkan prestasi di masa hadapan. Pelbagai topik dan isu yang di bincangkan di sana dan yang menarik ialah muhasabah diri mengenai pencapaian dan hala tuju program nanoteknologi khususnya dalam nanoelektronik dan microteknologi yang akan digembeleng untuk menongkah cabaran mendatang di dunia R&D .

Kesempatan jumaat kali ini tidak penulis tidak bercadang untuk bercerita isu yang dibincangkan di sanggar kerja, tetapi ada suatu pengalaman menarik yang rasanya boleh dikongsi untuk tatapan beberapa kerat pengunjung mundarmandir. Program yang padat di Pangkor tidak menghalang kami beberapa orang untuk santai menelusuri pulau bersejarah itu menggunakan jalan laut. (baca bot kecil). Sepanjang perjalanan kami ke kawasan ‘coral view’ untuk snorkeling, air laut yang tenang di tiba-tiba beralun kencang dan ombak semakin besar membuatkan bot yang kami naik teroleng-oleng di permukaan laut. Beberapa kali pemandu bot menghentikan perjalanan untuk mengelak rempuhan ombak besar. Fuhh!!, masa tu tuhan sahaja lah yang tau degupan jantung gementar dan panik kami. Perasaan cemas tiba-tiba reda bila diberitahu oleh ‘driver’ bot yang fenomena itu adalah normal bila bot berada di laut lepas yang tidak dilindungi kawasan pulau-pulau lain disekitarnya. Selain itu, pertembungan antara dua hempasan ombak antara 2 pulau berdekatan yang menjadi laluan ke kawasan snorkeling juga mengakibatkan gelombang ‘agak besar’.

Terlepas dari cemas itu, barulah kami dapat menikmati alam indah ciptaan tuhan sambil menginsafi akan kerdilnya manusia di hadapan Tuhan dan alam ciptaanNya yang bernama lautan. Di suatu kawasan air laut begitu tenang dan di sudut lain pula kelihatan sedikit bergelora. Tenang dan gelora!! Apa yang boleh dipelajari dari pengalaman mengharungi lautan adalah perjalanan hidup kita di bumi Allah ini. Boleh lah kita tamsilkan hidup ini seperti sampan di lautan tenang dan secara tiba-tiba bergelombang. Terlalu banyak godaan dan cubaan hidup di dunia ini sebelum kita menuju ke kampung akhirat yang kekal abadi. Dalam perjuangan melawan ujian inilah kerap kali kita tersadung dan jatuh ke lembah. Bagi yang kuat, jatuh hanyalah sebagai saringan untuk terus kukuh berdiri manakala yang lemah akan terus terhenyak ke bawah tidak bangun-bangun. Maka dalam pelayaran untuk sampai ke destinasi, sampan itu tadi lah yang perlu dibina teguh dan kuat agak tidak pecah dan hanyut bila dipukul ombak.

Sempena kedatangan ramadhan al-mubarak yang bakal menjelang, marilah sama-sama kita menginsafi kekurangan diri dan sentiasa berusaha untuk memantapkan jiwa serta menjernihkan akal fikiran supaya hidup kita yang singkat ini tidak dipersia-siakan oleh bujukan dan godaan dunia.

No comments: