3/17/10

Kedai Seks Pulak?

Lepas satu datang satu lagi masalah yang bakal menjahamkan warga Malaysia, Melayu- Muslim terutamanya. Tidak cukup dengan dadah, arak, pelacur, buang bayi dan segala macam jenayah yang timbul pula isu jualan perkakas seks secara berleluasa.

Lama sudah kita sedia maklum bahawa, negara kita atau lebih tepat lagi negara dunia ketiga memang menjadi tempat longgokan produk-produk sampah. Manusia yang bertuhankan nafsu tidak akan pernah berhenti berkreativiti dan berfantasi dalam memenuhi nafsu serakah mereka. Peralatan seks adalah satu contoh 'output' dari kebejatan moral dan fikiran ini.

Tidak dinafikan sejak munculnya istilah dunia tanpa sempadan, seolah-olah tidak ada lagi sempadan moral dan benteng yang dapat menangkis rempuhan globalisasi. Segalanya mengalir keluar masuk tanpa kawalan. Yang rosak adalah anak-anak Melayu Islam. Bukti sudah terlalu banyak dipaparkan di media massa.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Penguatkuasa? Kastam? Polis? Orang ramai? Pemimpin? Globalisasi? PERATURAN? UNDANG-UNDANG?

Sama-sama kita berfikir dan bermuhasabah!

Entry akan datang.....dunia fantasi dan budaya hedonisme warga barat di Montreal

3 comments:

Wan Anie said...

bila difikirkan secara mendalam, memang terlalu banyak gejala tidak sihat di negara ini, seolah telah terbiasa dan tiada indakan apa-apa oleh pihak tertentu.

Bimbang dengan negara yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita di masa depan.

Anonymous said...

kenapa ini berlaku?...kerana kita cuma pisahkan agama dengan segala hal yang berkaitan dengan duniawi...

Afzan said...

mungkin kita hanya ambil kisah tapi tak da usaha kearah itu...kalau ada skit pun jadilah..kalau ramai usaha itu nampak impaknya...

masing2 sibuk hal sendiri