www.majalahsains.com

9/25/09

Selonggok juadah untuk jiwa & minda di bulan syawal

Beberapa buah buku kiriman dari Malaysia sudah tiba. Ada yang sedang dilayan mesra, ada yang dikesampingkan dahulu. Beberapa buah buku lain yang telah lama dibeli sudah tamat dibaca dan sedang menunggu untuk ditulis ulasannya. Rangka-rangka kasar telah pun ditulis di laptop dan diletakkan dalam foldernya yang tersendiri, cuma menunggu waktu dan 'nafsu membuak' untuk dicantikkan dan disedapkan lagi gaya tulisannya. Tidak terkecuali buku yang sudah lama dibeli, namun sehingga sekarang masih belum dibelek. Paling banyak ialah buku yang sebahagiannya sudah terusik namun belum mampu untuk dihabiskan bacaannya. Pada masa yang sama sedang merujuk silang beberapa majalah terbaru untuk tulisan-tulisan dan rencana akan datang.

Buku dan majalah begitu cepat sekali berada di rak-rak kedai buku. Ada sebahagiannya terlalu 'advanced' sehingga diawalkan sebulan ataupun separuh bulan tarikh penerbitannya. Penerbitan buku dan bahan bacaan di sini begitu pantas dan meriah! Sangat meriah!








5 comments:

Amir Husaini said...

Salam Aidilfitri saudara Faizal,
Terima kasih kerana sudi membaca Transgenesis: Bisikan Rimba. Saya nantikan ulasan saudara di MajalahSains.com.

tinta kasturi said...

juadah mcm gini lagi bes dari ketupat dan lemang rasanya..

kenyang dan berkhasiat..

:)

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

teruja melihat buku-buku yang dipaparkan!

Mohd Faizal said...

@Amir Husaini, terima kasih atas kunjungan tuan

@tinta kasturi, berpada-pada, jangan makan buku..hahha..Saya bergurau!

@Khairusy, salam tuan..Bagaimana dengan komunitibukuonline?..masih beroperasi?

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Masih...tapi sudah diofflinekan...beroperasi secara offline, buat aktiviti secara nyata pula