www.majalahsains.com

9/10/09

Catatan ramadan ke-21

Tukang Catat berterima kasih kepada rakan-rakan yang pulang bercuti musim panas di Malaysia baru-baru ini.Kesempatan mereka pulang ke lubuk, tidak lupa juga dititip beberapa buah buku dari tanahair untuk santapan di bulan ramadan kali ini. Antara buku yang sempat dikirim termasuklah:

-Trangenesis (Novel)
-Panggil Aku Melaju (Novel)
-Jatuhnya Sebuah Tamadun (Sejarah pemerintahan Khalifah Islam)

Dan sedang menunggu beberapa buah buku lagi yang khabarnya dalam perjalanan. Semoga pengembaraan 'sahabat-sahabatku' itu melalui jalan laut dan udara selamat sampai seadanya di tanah bekas jajahan Perancis di benua Amerika Utara ini.

Alhamdulillah, buku sejarah sudah selesai. Ia sebuah buku yang agak baik bagi pemula yang ingin belajar sejarah ketamadunan islam sejak kelahiran nabi muhammad sehinggalah tersungkurnya pemerintahan khalifah islam terakhir di Turki pada tahun 1924. Susur galur perjalanan sejarah islam diringkaskan dengan rapi untuk memudahkan pembaca oleh penulisnya Mohamad Nurhakim, warga indonesia. Jadi tidak hairanlah dalam bab terakhir kemasukan islam di nusantara banyak memperincikan tentang kerajaan islam di indonesia berbanding di tanah melayu. Namun sejarah tersebut tetap berkait antara satu sama lain. Persembahan buku ini saya berikan 3 bintang.

II
Sesekali saya menjenguk juga perihal politik tanahair. Tidak banyak yang menarik, hanya seputar perebutan dan mencari pengaruh sahaja lagak ahli politik kita. Riak-riak kecil di dalam mangkuk tandas politik juga hilang begitu sahaja bila berdepan dengan isu yang lebih besar terutamanya yang melibatkan masalah kaum di Malaysia. Ahh, di negeri Terengganu DaruIman juga politik 'taik-kucing' sedang membusuk antara 2 kumpulan. Juga tiada apa-apa! Hanya hangat-hangat tahi sahaja kedua-dua pihak. PAS sedang menunggu peluang! Mudah-mudahan semuanya berbaik-baik sahaja lah di bulan ramadan yang penuh barokah ini.

III
Musim luruh kedua kami di Montreal baru tiba. Maka ramailah penuntut-penuntut baru tiba mencari rezeki belajar di negara asing. Alhamdulillah, beberapa rakan dan kenalan baru pun sudah selamat tiba di sini. Kami mengucapkan selamat datang dan selamat berjuang kepada pejuang-pejuang minda dan mata pena dari Malaysia. Sama-samalah kita mencari ilmu dan kebenaran di dunia barat ini untuk di sesuikan dengan budaya timur bumi Malaysia bila pulang ke tanahair kelak. Mudah-mudahan segalanya baik-baik sahaja dan dirahmati Allah perjalanan hidup kita ini.

IV
Banyak hadis-hadis mencatatkan tentang dalil-dalil lailatulqadar. Bagaimana pemahaman kita tentang lailatulqadar? Apakah masih sama dengan apa yang kita dengar di waktu mendengar syarahan atau keterangan-keterangan agama di waktu zaman kanak-kanak dahulu?Atau sedikit berubah dengan pembacaan dan pengkajian kita yang lebih jauh sedikit daripada terperangkap dengan minda kanak-kanak? Semakin lama semakin ramai orang yang membicarakan perihal menunggu kedatangan lailatulqadar. Ramai juga yang beranggapan ia adalah di 10 malam terkahir ramadhan..apakah ini benar? Wallahua'alam..yang pasti lailatulqadar adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yang menentukan arah dan haluan hidup kita di dunia ini. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan lailatulqadar..

Nota:// Sila rujuk Al-Quran surah Al-Qadar untuk mendapat gambaran yang jelas tentang lailatulqadar. Berhati-hati membaca hadis-hadis mengenai lailatulqadar untuk mengelakkan kita keliru..

2 comments:

Anonymous said...

Salam..

Alhamdulillah ats nikmatNya.Buku Jatuhnya Tamadun tu merupakan rujukan luar untuk pemantapan knowledge kawe semasa mengajar TITAS di sini.Hebat buku tuh.Ringkas dan padat.

Nanti kawe akan reviewkan beberapa buku2 yang bermutu yang ada affiliasi dgn tamadun utk demo teladani dan buat compare.

ex buku Dr.Fadhlullah Haji Jamil.Sejarah Asia Barat:Pergolakan dan Penjajahan terbitan Karisma yang telah menungguli Anugerah Media Islam Terbaik kategori Karya Berunsurkan Islam.

Mat Je

Mohd Faizal said...

Mat Je,

Demo patut buka blog satu..buat ulasan-ulasan buku menarik