2/13/09

Ungku Aziz


Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan Prof Ungku Aziz (Pak Ungku) merupakan cendekiawan terulung yang pernah dilahirkan dalam negara kita. Beliau terdidik dalam disiplin ilmu yang ketat sejak di zaman persekolahan dan mendapat ijazah tertinggi dalam bidang ekonomi dari Universiti Waseda, pada tahun 1964 di Jepun selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Malaya pada tahun 1951 yang ketika itu berada di Singapura.

Sewaktu zaman belajar di UKM dahulu, saya pernah meminjam sebuah buku yang membicarakan serba sedikit tentang Ungku Aziz..seakan-akan biografi, tetapi menurut hemat saya belum lengkap diangkat sebagai karya biografi kerana masih banyak yang belum lengkap. Maaf, saya sudah lupa apa judul buku tersebut, namun antara intipati penting yang terdapat dalam buku itu yang saya masih ingat ialah kaedah-kaedah dan amalan beliau tentang penjagaan kesihatan badan dan minda. Siapa tidak tahu, sehingga kini Ungku Aziz sudah berusia 87 tahun dan masih sihat tubuh badan serta mempunyai akal dan minda yang sangat cerdas. Banyak idea-idea seperti penubuhan Tabung Haji, Angkasa, Dewan bahasa & Pustaka dan sebagainya adalah hasil buah fikiran beliau.

Antara petua-petua kecerdasan minda dan kesihatan jasmani yang dianjurkan dalam buku itu ialah menjaga pemakanan (mengharamkan gula dalam pemakanan dengan menganggap gula sebagai racun, perbanyakkan makan buah-buahan segar dan beliau menyukai betik, jangan minum kopi dan lain-lain), mengamalkan senaman dan beliau sehingga kini dilaporkan masih kuat berjoging dan yang terakhir ialah banyakkan membaca serta berfikir. Itu yang terdapat dalam buku yang saya baca mengenai Ungku Aziz kira-kira 10 tahun lalu yang dipinjam di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Hari ini Prof Ungku Aziz mengulangi lagi petua kejayaan, kecerdasan dan kesihatan beliau semasa menyampaikan syarahan yang bertajuk 'The Quest for Success' di Pusat Konvensyen Centre Kuala Lumpur, sempena pemilihan beliau sebagai penerima Anugerah Merdeka 2008 dalam kategori Pendidikan dan Komuniti.

Semoga Ungku Aziz sentiasa diberi perlindungan Allah atas segala jasa dan baktinya dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Inilah yang dinamakan berkat umur panjang.

Sumber : Berita Harian

p/s: ada sesiapa yang sudah memiliki buku mengenai Ungku Aziz yang terbaru berjudul The University in Pantai Valley: Glimpses of the past terbitan tahun 2009 ?

p/s/s: saya 'mungkin' memulakan azam baru untuk berhenti minum kopi untuk kesekian kalinya..heheh

3 comments:

Anonymous said...

Sejak pertengahan tahun 2007 saya kena batuk sampai keluar darah. Berbotol-botol minum ubat batuk sampai dah naik muak. Akhirnya saya dinasihatkan oleh doktor berhenti minum semua jenis kopi. Hingga kini saya tidak lagi kena batuk yang serius dan lapang dada.

Satu lagi.....tak minum kopi tongkat ali pun tak ada "apa-apa masalah"....

Faizal said...

Anon
Alhamdulillah..

tapi bab kopi Tongkat Ali.Kopi Janda, kopi itu dan kopi ini..saya memang tak pernah percaya..mengarut!

khairul anuar said...

ramai anak muda tidak berapa kenal siapa itu Ungku Aziz. Harap2 tulisan dapat memberi info kepada rakan sebaya yang lain..

salam ziarah...