www.majalahsains.com

2/19/09

Menentang PPSMI

Menurut hukama, salah satu tanda akan runtuhnya tamadun peradaban bangsa ialah penguasa yang mengabaikan nasihat cendekiawan, alim ulama', ilmuan, cerdik pandai dan apa sahaja istilah yangmengaitkannya dengan orang yang berilmu. Di dalam negara kita Malaysia, kita tidak kalah dengan bangsa asing untuk mencari pakar atau ilmuan yang boleh dirujuk untuk memberi pandangan dan pendapat tentang permasalahan umat. Yang menjadi masalah ialah sanggup kah penguasa mendengar nasihat mereka ini yang kadang kala tegas dan pedas. Masalah kedua ialah, berapa ramai di kalangan umat yang dapat menilai siapakah golongan ilmuan berbanding dengan artis?

Tentang isu yang sedang hangat untuk masa depan bangsa dan negara kita Malaysia iaitu Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, PPSMI, saya turunkan kata-kata Prof Dr Mohd Yusof Haji Othman yang di petik dari kertas kerja beliau yang berjudul Penerbitan Akademik Dalam Bahasa Melayu, yang dibentangkan di Konvensyen Penerbitan Kebangsaan ke-2 anjuran DBP, 1999:

Perihal dan hakikat bahasa

  • bahasa jiwa bangsa
  • bahasa membina budaya bangsa
  • bahasa membina kaedah berfikir bangsa
  • bahasa membina citra dan jatidiri bangsa dan negara
  • bahasa bukan sekadar alat komunkikasi, tetapi dalam bahasa ada harga diri
  • tiada satu bangsapun boleh bangun dengan citra bangsa lain
  • tiada satu bangsapun yang boleh bangun dengan acuan bangsa lain
  • tiada satu bangsapun yan boleh bangun dalam budaya bangsa lain
  • tiada satu bangsapun boleh bangun dengan perspektif bangsa lain
  • tiada satu bangsapun boleh bangun dengan cara berfikir bangsa lain
  • nilai budaya terdapat dalam berbahasa

Dan Ingatlah !!


  • sekiranya kita tidak merancang dan berusaha memajukan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk memundurkannya
  • sekiranya kita tidak merancang dan berusaha membangunkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk merobohkannya
  • sekiranya kita tidak merancang dan berusaha mendaulatkan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk meminggirkannya
  • sekiranya kita tidak merancang dan berusaha memartabatkan bahasa kita, kita sebenarnya meancang untuk menghinanya
  • sekiranya kita tidak merancang dan berusaha menggunakan bahasa kita, kita sebenarnya merancang untuk menguburkannya


Prof Dr Yusof Hj Othman



Dan kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenapa kita perlu menentang PPSMI silalah merujuk ke ruangan tokoh-tokoh ini

Prof Dr Shaharir Mohd Zain

Prof Emeritus Dr Adullah Hassan


dan juga petikan akhbar Berita Harian


Selain itu, kita juga menunggu ulasan dan hasil kajian daripada penyokong PPSMI untuk sama-sama menilai hujah siapakah yang lebih 'masuk akal' !


Sekian!


~tukang catat~ (faizal)



4 comments:

Unknown said...

dalam apa juga cara sekalipun, saya tetap membantah PPSMI. kepada yang menyokong, cermin diri dahulu,...

awang kata said...

Tak mahu sesat dalam bahasa. Jadi rujuklah kepada ahlinya, ahli bahasa. Jangan pula nak ambil mudah menyokong membuta tuli...tak mahu jahil murakab. PPSMI tetap satu istidraj.

Mohd Faizal said...

En Awang..Terima kasih kerana singgah..Sudah tentu kita merujuk kepada pakar-pakar yang menentang PPSMI sebelum menyokong..

Membuta-tuli membantah PPSMI adalah kerja orang yang malas merujuk dan mengkaji sendiri..
Dan sebenarnya yang menentang PPSMI terdiri dari golongan pakar/ilmuan dari pelbagai bidang termasuk sains dan matematik..

Saya sendiri yakin, dengan mengabaikan bahasa sendiri, sebenarnya kita menuju kepada kepupusan bahasa dan jatidiri orang melayu

Unknown said...

Semundur-mundur pun satu kaum di dunia ini yang pernah aku lewati, mereka tetap berbangga dan tetap mempertahankan bahasa dan budaya mereka sendiri....

Kekalkan B.M. Aku sokong.

English can be learned in so many otherways... I did.