www.majalahsains.com

1/4/09

Keluh & Resah

Jumaat lalu, mungkin semua khatib di seluruh dunia berkhutbah tentang isu pembantaian Israel Zionis ke atas umat islam Palestin yang sehingga hari ini sudah memasuki hari ke enam. Tak terkecuali juga khatib di Masjid Abu Hurairah di sini ( baca: Montreal). Terus terang saya bukanlah faham 100% khutbah yang disampaikan dalam bahasa arab. Namun pengalaman 5 tahun belajar bahasa arab di sekolah dahulu membolehkan saya menangkap sedikit-sedikit butir perkataan yang diungkapkan disusuli pula dengan gementar tangan sang pemberi khutbah apabila menyebut tentang Gaza, Israel, Qatl dan lain-lain merujuk kepada konflik Israel-Palestin yang berlanjutan sejak tahun 1948. Sudah terlalu lama!


Tapi apa yang dapat kita lakukan! Pada masa kini saya mula teringatkan Iran yang memiliki sedikit kekuatan untuk mengancam Israel secara terang-terangan. Negara Islam lain bagaimana?


Benarlah, kita sudah ibarat buih-buih di lautan atau pun daging-daging bersepah yang menjadi rebutan pemangsa!!


Apa lagi yang tinggal..kala ini kita umat yang tertewas!


Bagaimana mahu bangkit??

5 comments:

Anonymous said...

lu dapat berapa bahsa arab pmr dulu? wa nasib baik lulus jerk.. hahahahha

Mohd Faizal said...

BA gua agak 'cemerlang'...haha!

Wasunni Al-Kelantani said...

salam

ok la tu sbb khutbah dalam bahasa arab..at least bleh tangkap lagi apa yg khatib bagitau

saya pernah solat jumaat di london ni di mana khatib bkhutbah dalam bahasa bangladesh secara total..satu apa pun saya tk paham..angguk je la..hehe

Mohd Faizal said...

Wasunni Al-Kelantani..

Silap masuk masjid kot..hehe!

Wasunni Al-Kelantani said...

masjid dah betul dah..jemaah pun lebih 50% adalah dari kalangan muslim british, org Arab dan selain daripada org bangladesh..tp mungkin sbb masjid tu adalah dikendalikan oleh majoriti org bangladesh..maka imam pun berkhutbah dalam bahasa bangladesh tanpa mengambil kira maslahah majoriti makmum..

lagi senang kalau solat jumaat di dewan malaysia london kerana khutbahnya dalam bahasa melayu diterjemah kembali dalam bahasa inggeris...hehe