www.majalahsains.com

1/7/09

Ketika salji turun

Ketika menulis 'entry' ini di luar sana salji turun agak lebat dan dijangka berterusan sehingga petang khamis menurut theweathernetwork. Sebenarnya agak teruja bila melihat salji turun bagi kami yang baru pertama kali singgah di benua empat musim ini. Di sini sekiranya salji tebal berpanjangan lebih tiga atau empat jam, sudah cukup untuk menyukarkan pergerakan kenderaan apatah lagi pejalan kaki. Kalau sudah dua hari, kita tengoklah apa yang berlaku besok! Walau apapun inilah realiti yang mesti diharungi sepanjang berada di sini. Seronok tetap seronok!

Dalam menghabiskan waktu lapang yang panjang, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku yang lama dan baru secara berganti-ganti. (macam larian 4 x 100 la pulak) Terkini 4 buah buku sedang ditekuni iaitu:

The Quantum Ten..Sheila Jones (2008),

Snow Crash--Neal Stephenson (1992),

A History of the Sciences--Stephen. F. Mason (1962)

Atom, Journey Across the Subatomic Cosmos - Isaac Asimov (1992)..

Saya agak tertarik dengan buku The Quantum Ten kerana terlalu ingin mengetahui misteri di sebalik fizik moden iaitu kuantum mekanik yang begitu misteri dan unik bagi sesetengah pihak. Apatah lagi bagi orang yang tak tahu apa-apa mengenai fizik teori (dengan matematiknya yang kompleks) seperti saya. Jadi buku ini diharap dapat merungkaikan sejarah dan misteri kuantum mekanik. Insyaallah serba sedikit yang saya faham akan dicatatkan di sini atau di mana sahaja yang dirasakan sesuai.

Ada orang yang menyatakan bahawa gaya bahasa dan tulisan di blog ini sangat berbeza dengan watak saya yang sebenar di luar.. hehe! Sebenarnya saya sedang belajar menulis dengan bahasa dengan lebih baik. Sebahagian hasil latihan menulis ini saya catatkan dalam bentuk rencana dan artikel. Alhamdulillah! Kebanyakannya diterima baik oleh editor dan saya catatkan juga hasil tulisan-tulisan itu di blog saya yang kedua iaitu Teknologi:Dari Mikro ke Nano.

Sejarah menulis blog ini juga agak panjang. Saya bermula dengan mundarmandir pada tahun 2003. Waktu itu blog masih belum terkenal seperti sekarang. Tulisan dan gaya menulis pun hodoh, caca marba dan tiada tujuan. Sekadar melepaskan gian menulis selain untuk tidak ketinggalan dalam teknologi internet. Bermula 2006, mundarmandir versi ke-2 diwujudkan sebagai latihan untuk mencantikkan lagi gaya menulis. Semoga ia bertambah baik!

Ada juga orang bertanya, kenapa saya berhijrah sebentar ke tempat yang sangat sejuk ini, apa yang saya buat, kerja ke tidak, bagaimana dengan kerja di Malaysia dan sebagainya...hehe..saya tinggalkan dahulu soalan-soalan ini dan insyaallah akan di sambung dalam entri-entri akan datang..
.....

p/s: Sama-samalah kita memboikot premis dan produk Amerika & Israel mana yang termampu

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

Haah, Abqori pun ketika mula-mula baca blog ini pun tertanya-taya soalan yang sama. Apalah yang bro kita ini buat di Canada sana. Habis entri-entri lama Abqori selongkar untuk tahu tujuannya, namun tak jumpa. Tapi, kalau dah janji nak beritahu kemudian, terpaksalah Abqori tunggu. Janji tetap janji, kan?

Salji memang menyeronokkan. Memang sesuai sekali ketika waktu salji turun, kita habiskan masa membaca buku di dalam rumah di depan heater. Pergh, rasa macam dunia kita yang punya. Lebih-lebih lagi bila ada Milo panas dari Malysia. Bestnya! Haha.

Abqori tahu di Kanada sana tak ada milo kan. Huhu!

Buku Snow crash itu bunyinya macam bagus saja. Apatah lagi bila watak utamanya ada kacukan Korea gitu. Cerita tentang masa depan itu kan? Malas betul nak baca sinopsis penuhnya. Review nanti tau!

Mohd Faizal said...

Abqori,
Waduh..semacam jadi tanggungjawab pulak kalau nak ditunaikan janji nih..hehe..nanti kalau ada 'mood' saya akan tulis..sekarang tengah 'mood' panas dengan isu israel-gaza!

Milo di sini ada..tp x sesedap milo dari Malaysia kata student-student di sini..ntah, sy suka kopi!..hehe!

Buku Snow Crash ni buku kedua Neal Stephenson yang saya miliki selepas Cryptonomicon. Ya, buku sai-fai berkisar tentang komputer, futuristik, 'hacking'..agak complicated juga buku ini yang saya sendiri pun belum habis membacanya..entah bila akan habis wallahua'lam!