www.majalahsains.com

1/13/09

Hobi baru

Sebenarnya hobi lama, tapi mencuba benda baru..membaca novel genre sains fiksyen atau sai-fai.

Sebelum ini saya jarang membaca novel kecuali beberapa novel tulisan karya Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Dr Tuah Iskandar dan juga karya roman buya Hamka seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk, Merantau Ke Deli dan Di Bawah Lindungan Kaabah . Oh ya, pernah juga membaca kisah Benawi oleh Aripin Said, Senjakala (Baharuddin Kahar), Lasykar Pelangi (Andrea Hinata), Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani) dan beberapa buah lagi.

Seingat saya, novel fiksyen yang dibaca dan dihadam dengan baik ialah karya pengarang terkenal tanahair saudara Faisal Tehrani berjudul 1515[Kombat]. Kisah futurustik kegemilangan tentera islam menentang musuh.

Sesekali elok juga mencuba sains fiksyen bak kata motivator terkenal Dr Tuah " membaca novel boleh mendidik minda menjadi kreatif".

Jadi sekarang saya mula mengorak langkah membaca genre fiksyen. Sebelum ini pening kepala dengan plot berbelit-belit Neal Stephenson dengan Cryptonomicon dan Snow Crash'nya saya beralih arah ke Richard A. Clarke dengan judul 'Breakpoint'. Nampaknya ia agak serasi dengan jiwa saya. Sudah hampir separuh novel 'tangan kedua' ini diulit..Mengkagumkan!

Lain-lain yangbelum terusik ialah The Best of Isaac Asimov, Einstein Brain (Mark Olshaker), 2061 (Arthur C.Clarke) dan The Machineries of Joy (Ray Bradbury).

Rindu dengan fiksyen melayu, saya menempah beberapa buah buku dari seorang rakan maya baru, pemilik kedai buku online 'OREN-JI' yang juga penulis sai-fai saudari Suri Mawarne. dengan novelnya Virus L.

Semoga rindu buku terubat..hehe!



Selingan! ehehe! auww

7 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya pun sudah mula berkobar-kobar untuk membaca buku-buku berbahasa Melayu kembali setelah lama meninggalkan tanahair ini.

Boleh saya tahu bagaimana saudara membuat pembayaran bagi buku-buku yang ditempah di Oren-Ji itu. Guna Pay-pal ke? Bagaimana dengan kosnya?

Penuh enkuiri nak tau ni.

Semoga rindu buku saya juga turut terubat.

Mohd Faizal said...

Abqori
Sudah berapa lama di Timur Tengah?..Tentu menarik berada di sana..

Untuk maklumat lanjut tentang oren-ji boleh hubungi mereka di laman web http://orenji-bookstore.blogspot.com/2008/12/selamat-datang-ke-laman-blog-orenji.html

Sekian

Anonymous said...

comelnyer ain!....geram nak gigit pipi dia....hahah..selingan yang menarik...

Mohd Faizal said...

inayrus insah

gambar spontan! ehehe

Anonymous said...

bleh doh tambah sorang lg anok tuh..

Anonymous said...

Comel sungguh pipi dia tu. Agak2 sebaya anak saya kot, 2 tahun 7 bulan.

Mohd Faizal said...

Najibah..

Terima kasih..umur dia baru nak masuk 2 tahun april nanti..

Dapat emel saya tak?