www.majalahsains.com

11/14/08

Mereka juga bekerja keras

Pagi ini sekitar pukul 10.30 pagi, loceng rumah berbunyi. 2 orang lelaki segak berkot dan berbaju panas lengkap memperkenalkan diri dari pertubuhan kristian antarabangsa yang berpusat di Canada. Dengan senyuman dan penuh tertib mereka menanyakan soalan samada boleh berbahasa Perancis atau pun tidak. Sudah tentu tidak jawab saya. Dia mula bertutur dalam bahasa inggeris dan menunjukkan sekeping brosur tentang persoalan-persoalan tentang agama kristian berbahasa Perancis untuk dijawab. Tentang kematian, tragedi dan sebagainya.. Mana mungkin saya dapat baca tulisan-tulisan dalam brosur tersebut yang saya yakin petikan dari bible.

Selepas 10 minit bercerita tentang kepercayaan kristian, mereka mula bertanya di mana Malaysia..'berjiran dengan Indonesia, Thailand dan Singapura'.. jawab saya..

Kemudian mereka mengeluarkan sebuah buku kecil tentang misi dan tujuan agama kristian yang mempunyai tidak kurang dari 40 bahasa termasuk bahasa Melayu Indonesia untuk saya baca..(bangga juga dalam hati sebab tidak ada tulisan melayu Malaysia di tangan mereka)..mungkin belum sempat diterjemahkan atau mereka menganggap sama sahaja BM di Malaysia dan BM di Indonesia

Selepas menyerahkan brosur tadi, dengan ramah tamah meminta diri, mereka beredar...perbualan bermula dan tamat hanya di anjung rumah di balik pintu.. heheh!

Terdetik dalam hati, betapa kuat dan tersusunnya gerakan kristianisasi di seluruh dunia. Dari segi kewangan, organisasi, bahasa dan lain-lain. Itu yang menyebabkan mereka senang sekali datang ke tempat-tempat berlakunya bencana Tsunami, gempa bumi dan taufan menghulurkan 'bantuan' yang mempunyai maksud tersirat..

Gerakan kristian tidak pernah berhenti rehat..

Bahaya kalau tidak berhati-hati..

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Searonok baca entri ini.

Memang mereka tidak pernah berhenti bekerja. Untuk bacaan susulan, di sini ada artikel menarik.

Nampaknya, lepas ini, kalau ada orang tabligh datang ketuk-ketul pintu rumah kita, tak boleh kita senang-senang saja mahu halau. Mereka ini wakil orang kita dalam membuat kerja.

Teruskan mencatit bahan-bahan yang berguna.

Mohd Faizal said...

Yang membezakan ahli tabligh kita dengan gerakan agama lain ialah risalah bertulis..kumpulan tabligh kita tidak membawa gagasan dakwah dalam bentuk tulisan yang membantu menggerakkan salah satu budaya ilmu yakni 'tulis dan baca'..Budaya ilmu inilah yang perlu dipupuk dalam setiap jiwa-jiwa daei bukan saja mengungkapkan dengan perkataan dari mulut ke mulut..

Apa pun, blog anda juga menarik..tahniah..teruskan menulis dan menyebarkan!