Mungkin orang yang paling terkejut dengan keputusan PRU12 baru-baru ini ialah PM dan kalangan menteri kabinet. Hampir keseluruhan penganalisis politik dan kebanyakan blogger menyalahkan kepimpinan Pak Lah yang hampir meranapkan BN dalam PRU kali ini. Secara peribadi ( diulangi..peribadi) saya dapat merumuskan bahawa kegagalan pemimpin utama kita ialah ‘kurang membaca’. Bukan sahaja membaca bahan bertulisan, tapi juga membaca gerak geri dan persekitaran yang mempengaruhi tindak tanduk beliau dalam membuat keputusan. Lemah! Kenapa lemah? Ya, berbalik kepada soal kurang membaca.
Saya kira ramai yang sudah tahu sejarah pemimpin-pemimpin dunia yang lain seperti Abraham Lincoln, Mahatma Gandhi, Winston Churchill dan lain-lain dengan tabiat 'gila' membaca mereka. Bagaimana mereka mencorakkan dunia.
Mungkin di kalangan akademia sudah boleh menjalankan kajian tabiat membaca bekas-bekas PM Malaysia dan juga kaitannya dengan corak pemerintahan negara. Bagaimana kegilaan membaca & menulis Tun Dr Mahathir, Tun Hussein Onn, Tun Razak dan juga Tunku.. Paklah juga mungkin!
2 comments:
Saya amat setuju dengan pandangan saudara. Misalnya, Tan Sri Sanusi Junid, apabila berpidato atau menyampaikan ucapan, penuh dengan ilmu kerana beliau amat suka membaca!
Ada pemimpin yang meminta pembantunya membacakan buku untuknya...
Post a Comment