12/11/07

Biografi Mahmoud Ahmadinejad


Minggu lepas, pusing-pusing di Warta Bangi mata ternampak satu buku yang sejak beberapa minggu lalu telah diuar-uarkan di blog sifu PTS..Kebetulan pula subjek biografi tokoh memang mempunyai daya tarikan tersendiri untuk segelintir pembaca termasuk tukang catat blog ini. Tanpa berfikir panjang, buku Ahmadinejad, Singa Baru Dunia Islam menjadi hak milik dengan harga yang murah ketimbang isinya yang membakar semangat.
Antara petikan kata-kata Mahmoud Ahmadinejad (MAN) yang menarik dalam buku ini tentang isu Israel dan Holocaust ialah


" Negara-negara Eropah perlu menggantikan kesalahan mereka kepada kaum Yahudi dengan mengembalikan tanah mereka bagi mendirikan negara (Yahudi) di Eropah (Jerman), Austria atau negara-negara lain), Amerika Syarikat, Kanada ataupun Alaska berbanding bangsa Palestin yang tidak berdosa harus membayar kejahatan ini"

"Holocaust yang sebenarnya pasti ditemui di Palestin, tempat darah bangsa tertindas ditumpahkan setiap hari dan di Iraq, tempat kaum muslimin yang tidak berdaya dibunuh setiap hari. Beberapa pemerintah Barat terutamanya Amerika menyetujui penghinaan terhadap Nabi Muhammad. Manakala mereka yang menolak lagenda Holocaust kerana tekanan puak Zionis terhadap negara-negara lain selama 60 tahun kebelakangan ini dianggap melakukan jenayah"

Mengenai isu nuklear

"sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu pula yang memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?"

Inilah sebenarnya wajah pemimpin yang dicari-cari oleh umat islam yang saban hari semakin tertindas. Seorang pemimpin yang lantang menentang dasar-dasar pengganas yang diketuai oleh Amerika dan sekutunya.

Seorang yang bertubuh kecil, anak kepada tukang besi, sederhana dalam kehidupan, lantang, tidak menumpuk harta dalam pemerintahan dan anak muda yang terhasil dari Revolusi Iran sejak zaman Khomeini.

p/s..buku ini hendaklah dibaca dengan mengenepikan soal-soal perbalahan fahaman dalam islam di saat kita masih tercari-cari pemimpin yang boleh membawa kembali ke era emas islam di dunia moden kini.

3 comments:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Perlu cari buku ini. Minat kita sama, membaca buku-buku biografi dan autobiografi.

mundarmandir2 said...

Sebenarnya buku ini sedikit sebanyak dapat meransang semangat kemerdekaan dalam diri..
saya memiliki beberapa buah buku auto/biografi..sekarang sedang mencari sebuah buku lama 'Universiti Kedua..Kassim Ahmad

kayzen said...

dude.. ni blog ahmadinedjad...
http://www.ahmadinejad.ir/

enjoy..